• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Ali Umum Potong Gaji MB, Exco, Speaker Dan Timbalan

oleh AK-47
04/10/2014
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk memotong gaji Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker dan Timbalan Speker dalam Bajet Selangor 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.

Menurut laporan The Malaysian Insider (TMI), Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata langkah itu diambil bagi mengurangkan perbelanjaan pengurusan kerana mahu menumpukan kepada perbelanjaan sektor pembangunan.

“Saya ambil pendirian awal gaji menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker akan dipotong kepada tahap munasabah kerana kenaikan kadar pada 2013 terlalu tinggi.

“Saya tidak boleh berdepan dengan rakyat kerana masalah kos kehidupan yang tinggi,” katanya.

[BACA – Anwar Kekal Penasihat Ekonomi Selangor – MB]

Beliau sebelum itu hadir ke majlis perhimpunan pagi bersama Jabatan Kerajaan Negeri di Pejabat Daerah Gombak, hari ini.

Mohamed Azmin berkata langkah pengurangan itu juga termasuk perbelanjaan untuk bayaran keraian, elaun dan juga gaji kakitangan negeri.

Pada tahun lepas, Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar sebelumnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Exco serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lebih seratus peratus berkuatkuasa Januari lalu.

Gaji Menteri Besar yang tahun lepas berjumlah RM14,175.15 dinaikkan kepada RM29,259 iaitu pada kadar 106.4 peratus sejak kali terakhir dinaikkan pada tahun 2005.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pula naik gaji daripada RM6,106.29 kepada RM22,500, Timbalan Speaker pula daripada RM3,327.5 kepada RM15,750. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: Azmin AliKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

Lebih 20 Hari Penduduk Bergelap, Kerajaan Selangor Adakan Mesyuarat Isnin Ini Cari Penyelesaian

26/12/2025
0

PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini bagi membincangkan tindakan selanjutnya berhubung pembaikan sistem pendawaian elektrik membabitkan...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd