Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Boleh Tukar Nama Bapa...

KUALA LUMPUR - Pembetulan maklumat dalam dokumen kelahiran sama ada dalam sijil atau...

Tindakan DOJ Ke Atas...

KUALA LUMPUR - Langkah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat merampas aset yang didakwa...

Siti Kasim Seru Pengundi...

PULAK DAH... Peguam kontroversi, Siti Kasim memang diketahui amat cenderung kepada Pakatan Harapan...

Koperasi Perlu Main Peranan...

KUALA KANGSAR - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meminta semua gerakan koperasi...

VIDEO: Bapa Syed Azmi Sedih Anak Difitnah Murtad

Hari ini, penganjur ‘I Want To Touch A Dog’, Syed Azmi Alhabshi telah memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak atas penganjuran program tersebut sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang Islam.

Permohonan maaf dibuat ketika sidang media yang turut ditemani oleh rakan penganjur, Norhayati Ismail dan peguam, Syahredzan Johan.

Bagaimanapun, usai membaca teks ucapan maafnya Syed Azmi dilihat segera meninggalkan bilik sidang media, difahamkan atas faktor keselamatan.

5e2da38f3ad62ffdd4ca5df5c081c51b

Rakan penganjur, Norhayati Ismail kemudiannya menjelaskan, objektif sebenar program IWTTAD tidak pernah setuju apatah lagi menggalakkan peserta beragama Islam untuk sengaja memegang anjing tanpa sebab.

“Kami sekeras-kerasnya menyatakan program ini adalah satu pembelajaran bukan untuk sentuh (anjing) secara suka-suka,” tegasnya.

Norhayati berkata, program yang diadakan Ahad lalu telah mengikut piawaian dikehendaki Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) namun tidak menyangka kontroversi boleh tercetus.

http://www.youtube.com/watch?v=Tu-xLkL_PPo&list=PLTWicrVjU6aTnfQBbLz4tvOg6VQbC0adu

Dakwanya, mereka hanya mengetahui gelagat wanita Islam yang memeluk dan mencium anjing menerusi laman sosial dan media.


Pada awalnya, penganjur program IWTTAD menjangka kira-kira 500 orang sahaja yang bakal hadir namun program tersebut mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri kira-kira 1000 orang awam.

Oleh sebab itu katanya, 20 orang urusetia program tersebut tidak mampu mengawal tindakan pengunjung yang di luar jangkaan.

Norhayati turut memberitahu pihaknya akan menemui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 6 November ini bagi memberi penjelasan sebenar berhubung penganjuran program tesebut.

Sementara itu, MYNEWSHUB sempat bertanya mengenai penyebaran mesej daripada pihak-pihak tertentu yang mendakwa Syed Azmi adalah seorang murtad.

Soalan dijawab oleh peguam, Syahredzan dengan mengatakan berita tersebut adalah fitnah semata-mata dan sesiapa yang terlibat menyebarkannya harus tampil dengan bukti.

Ayah kepada Syed Azmi turut menzahirkan perasaan tidak senang atas tuduhan murtad yang dilemparkan kepada anaknya dan berharap fitnah itu dihentikan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH
Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori