Los Angeles – Pelakon Mila Kunis selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini, Selasa lalu.
Tunangnya, yang juga pelakon Ashton Kutcher turut berada di sisi Kunis ketika dia melahirkan anak.
Pasangan itu yang bertunang pada Februari lalu, tiba di hospital berkenaan berdua sahaja tanpa ditemani oleh anggota keluarga atau pengawal peribadi mereka.
Kali terakhir mereka dilihat di khalayak ramai ialah pada Sabtu lalu ketika kedua-duanya berjalan di taman di Hollywood bersama dua ekor anjing mereka.
Pasangan tersebut mula menjalin hubungan pada 2011 dan pada bulan Mac lalu, Kunis yang berasal dari Ukraine serta Kuton mengumumkan bakal menerima cahaya mata.
Kutcher sebelum ini pernah berkahwin dengan Demi Moore, 51, pada enam tahun lalu.
Mereka akhirnya bercerai.