Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Fidel Castro Meninggal Dunia...

HAVANA - Fidel Castro, mantan presiden dan pemimpin revolusi komunis Cuba, meninggal dunia...

TNB Peroleh 7 Lagi...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperoleh penajaan daripada tujuh lagi syarikat...

Kematian Aimin: Reman 3...

KUANTAN - Reman tiga remaja yang dipercayai terlibat dengan kes kematian pelajar berusia...

Lelaki Pakai Kostum Gorila,...

SEORANG lelaki memakai kostum gorila dan bersembunyi di bawah tilam semasa dia diburu...

Ikut Jejak Alvin, Ali Abd Jalil Pun Lari Ke Sweden Cari Suaka

Perjuangan ‘hangat-hangat tahi ayam’. Mungkin itu pepatah yang sesuai diberi kepada seorang aktivis, Ali Abdul Jalil yang dilaporkan telah melarikan diri ke Sweden bagi memohon suaka politik.

Dia yang berumur 29 tahun, mengesahkan perkara tersebut dalam muat naik status di Facebook peribadinya. Ali dipercayai keluar dari Malaysia awal minggu ini.

Memetik kenyataan Ali yang dilaporkan portal MalaysiaKini, “Sekarang saya di Sweden memohon suaka. Kerajaan Malaysia dan sultan melayan saya seperti sampah.”

Saya diancam oleh gengster dan kumpulan Melayu rasis di Malaysia. Malaysia tidak selamat bagi saya. Polis dan gengster mengikut saya sepanjang masa,” katanya lagi.

Sebelum ini, dia telah ditahan beberapa kali oleh pihak berkuasa akibat dari tindakannya memuat naik artikel yang menghina kerabat diraja.

Dalam ‘posting’ terbarunya, Ali seakan tidak serik apabila mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor.


Untitled.png1

Rata-rata pengguna Facebook melontarkan reaksi negatif dengan tindakan Ali kerana melarikan diri. Ujar mereka, baru ditahan untuk disoal siasat, Ali sudah takut dan lari ke luar negara.

Ali sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam laman sosial Facebooknya.

Alahai Ali, Itulah, lain kali sebelum mengeluarkan kenyataan, fikir semasak-masaknya. Jangan hanya berani menjadi ‘keyboard warrior’, tapi kena gertak sikit dah lari ke luar negara. Pejuang apa macam ni? – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori