• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Bukti MAIS ‘Luluskan’ Program Sentuh Anjing?

oleh AK-47
21/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas seorang daripada penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’ (IWTTAD) mengatakan bahawa program berkenaan mendapat kebenaran majlis agama dan masjid, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan kenyataan berbeza.

Mufti Negeri Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid hari ini menafikan bahawa pihak MAIS meluluskan penganjuran program itu.

Beliau berkata MAIS tidak mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur tetapi kebenaran dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran penggunaan padang awam.

[BACA – Program Sentuh Anjing Didakwa Dapat Kebenaran Majlis Agama]

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang katanya mengikuti proses penganjuran program IWTTAD dari awal, mendedahkan satu surat daripada MAIS yang menunjukkan bukti kelulusan diberikan oleh organisasi berkenaan.

Di bahagian atas, tertulis ‘Penganjur IWTTAD, untuk makluman, Selamat Maju Jaya’ disertakan dengan tandangan serta cop rasmi Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam surat bertarikh 9 Oktober lepas itu.

SuratMAIS_2

Kalau dibaca daripada kata-kata, maksudnya MAIS sudah pun meluluskan program berkenaan.

Tetapi bagi Mohd Tamyes, kenyataan yang diberikannya memang berbeza.

“Tidak ada satu pun kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing.

“Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri,” katanya dipetik daripada The Malaysian Insider (TMI).

Mohd Tamyes turut menuntut MBPJ memberikan penjelasan mengapa kebenaran diberikan untuk penganjuran program seumpama itu dan beliau turut mempersoalkan matlamatnya.

“Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan,” katanya.

Sementara itu, seorang daripada penganjur mengatakan wakil MAIS sepatutnya hadir ke program berkenaan tetapi tidak muncul pada saat-saat akhir. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K 

Tags: anjinghina islamselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) membantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 di Selangor yang...

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

30/05/2026
0

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa garis panduan larangan bagi rumah ibadat selain Islam di kawasan komersial di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd