• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

oleh Mynewshub
09/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rakyat Johor dinasihati supaya menolak hasrat pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan negeri itu seperti Selangor.

Ketua Biro Hal Ehwal Bandar MCA Selangor, Tan Gim Tuan berkata, rakyat Johor perlu mengambil pengajaran daripada pentadbiran PH di Selangor yang menimbulkan pelbagai masalah.

“Rakan-rakan di Johor, saya ada satu soalan. Mengapa pemimpin DAP dan PKR berada di Johor berkempen menagih undi daripada anda sedangkan mereka sendiri telah gagal mentadbir Selangor dengan baik?

“Jadi, apabila mereka meminta rakyat mengundi mereka, rakyat Johor perlu bertanya mengapa mereka tidak memperbetulkan Selangor terlebih dahulu,” katanya menerusi satu rakaman video di media sosial.

Terdahulu, Gim Tuan berkata, Selangor masih berdepan pelbagai masalah seperti gangguan bekalan air, banjir, perancangan bandar yang lemah, perkhidmatan tempatan yang tidak memuaskan serta pelbagai isu lain.

Beliau turut mengingatkan mengenai tragedi letupan gas di Putra Heights yang menyaksikan penduduk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan.

.”Jangan jadikan masalah kami di Selangor sebagai masalah kamu juga. Nilai mereka berdasarkan rekod mereka di Selangor, bukan berdasarkan janji mereka di Johor.

“Pemilihan kerajaan negeri bukan permainan ‘try and error’.Jangan perjudikan masa depan Bangsa Johor dengan jelajah kempen mereka untuk menyelamatkan diri mereka dan PMX,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial MCA

Tags: gagalJohorkempenKetua Biro Hal Ehwal Bandar MCA Selangorpakatan harapanpentadbiranPHpilihan raya negeriPRN JohorselangorTan Gim TuanUndi
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa beliau merupakan saksi kepada perjuangan Datuk Seri...

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

Calon BERSAMA Lau Yi Leong Dedah Belanja Kempen DUN Johor Jaya Lebih RM50,000

12/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon parti BERSAMA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd