• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Dipaksa Tidur Dengan 1,800 Lelaki Oleh Ibu Sendiri

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Swansea – Dipaksa tidur dengan 1,800 lelaki menjelang usia 18 tahun semata-mata untuk memenuhi kehendak syaitan yang dianggap sebagai tuhan oleh ibu sendiri.

Itu pengalaman dilalui oleh seorang wanita dikenali sebagai Annabelle Forest yang dipaksa oleh ibunya menjalani kehidupan menakutkan itu sejak berusia tujuh tahun.

Pada usia semuda itu, kata Forest, dia dipaksa melihat aksi ibunya melakukan seks dengan ketua kumpulan ajaran sesat tersebut, Colin Batley dan ketika dia berumur 11 tahun, Forest telah dirogol dua kali oleh seorang lelaki.

Tiga tahun selepas itu, Forest telah dipaksa mengambil bahagian dalam seks beramai-ramai dan sejak itu kehidupannya menjadi semakin teruk termasuk didera oleh ibu sendiri.

Dia juga dipaksa menjadi pelacur semata-mata untuk mengumpul duit bagi kumpulan ajaran sesat terbabit.

“Ia adalah amat menyakitkan dan mengejutkan dalam hidup saya.

Colin memang pandai menggunakan anda dan dia berjaya meyakinkan saya mengenai perkara buruk itu,’’ katanya yang pernah cuba membunuh diri ketika berusia 14 tahun.

Jelas Foster, pada waktu siang dia adalah pelajar sekolah namun pada waktu malam dia menjadi pelacur dan ketika berusia 17 tahun dia telah mengandung.

Setahun selepas melahirkan bayi berkenaan, Foster telah melarikan diri dari rumah dan dia tidak lagi menemui ibunya dan Batley sehinggalah mereka ditangkap pada 2011.

Ibunya dan Batley akhirnya masing-masing dihukum penjara 12 tahun dan 11 tahun.

“Ibu saya adalah perempuan paling jahat dan saya tidak akan memaafkannya,’’ katanya yang kini sudah memiliki keluarga sendiri.

Tags: rogolWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd