Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Bank-Bank Sedia Lanjutkan Bantuan...

KUALA LUMPUR - Pihak industri perbankan bersedia membantu kalangan peminjam atau pelanggan mereka...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz...

‘Kejam’ Disingkir Sebelum Konsert,...

PERSEDIAAN tiga peserta program hiburan realiti, Akademi Fantasi 2016 bagi menghadapi konsert pada...

1,447 Kes Malaria, 7...

IPOH: Sebanyak tujuh kematian kes malaria dilaporkan Kementerian Kesihatan berlaku di seluruh negara...

Senarai Exco Selangor Baharu Diumum Esok – Azmin

SHAH ALAM – 10 nama barisan Exco Selangor yang baharu hanya akan diumumkan pada Jumaat, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada Khamis.

Azmin ketika ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini berkata, beliau akan bertemu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mempersembahkan nama-nama tersebut.

“Kami ada semua calon. Biar saya berbincang dengan Tuanku pada hari ini,” kata Azmin.

Jelas beliau, tiada sidang media untuk mengumumkan barisan exco yang baharu itu.
Sementara itu, sumber berkata jawatan Speaker akan diberikan kepada PAS sekiranya parti tersebut menggorbankan satu daripada empat kerusi exco milik mereka.


Timbul spekulasi bahawa PAS diminta untuk menyerahkan satu kerusi exco milik parti itu.

Menurut sumber Pakatan Rakyat, ini adalah formula yang dibincangkan dan dipersetujui pada 2008 apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS membentuk kerajaan di negeri Selangor. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori