Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kelantan Tahan 107...

KOTA BAHARU - Sebanyak 107 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan Jabatan Imigresen...

Harga Petrol RON97 Naik...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter...

Hospital Baharu Di Balik...

BALIK PULAU - Pembinaan hospital baharu yang lebih besar serta lengkap dengan kepakaran...

Tiada Perlu Maklum Tubuh...

KUANTAN - Tiada keperluan untuk memaklumkan secara khusus tentang keanggotaan dan tujuan penubuhan...

Penyokong Parti Warnai Hari Mengundi PRK Pengkalan Kubor

TUMPAT (Kelantan) – Seperti kebiasaan, pada musim pilihan raya, penyokong parti bertanding akan menjadi penyeri pada hari mengundi ketika menyokong calon masing-masing.

Hari ini, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sedang berlangsung hari pengundian bagi mencari pengganti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu yang kosong selepas penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia.

Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lepas.

Untuk PRK itu, sebanyak 11 pusat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi dan akan ditutup pada pukul 5 petang.

http://youtu.be/ld76h8_0iK4

Selepas ditutup, proses penjumlahan undi akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Biji Wangsa di sini.

11 pusat mengundi berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).

Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa’ Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

Di kesemua pusat mengundi berkenaan, para penyokong dikehendaki berada pada jarak 50 meter dari pintu masuk ke sekolah berkenaan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.


Pada ketika itulah, para penyokong yang berkumpul secara berhadapan di pusat mengundi melaungkan slogan menyokong parti mereka khususnya antara PAS dan Barisan Nasional (BN).

Anggota polis dan polis trafik ditempatkan di kawasan berkenaan bagi memastikan trafik berjalan lancar.

20140925_082426_LLS 20140925_101150 DSC_8378 DSC_8386 DSC_8393

Statistik peratusan keluar mengundi setakat pukul 11 pagi pula menunjukkan sebanyak 43 peratus pengundi sudah keluar menunaikan tanggungjawab mereka kira-kira 10,367 orang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon bebas.

BN diwakili calon, Mat Razi Mat Ail, PAS diwakil Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Terdapat 23,929 orang pengundi berdaftar di DUN Pengkalan Kubor. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori