Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

San Fransisco Gempar Najis...

BUSUK... Penduduk dan pihak berkuasa bandar raya San Francisco dikejutkan dengan tindakan pihak...

Pelajar Tingkatan 4 MCKK...

PUTRAJAYA - Pelajar Tingkatan Empat Kolej Melayu Kuala  Kangsar di Perak, Mohamad Raziekh...

Rusia Undur Tentera Dari...

MOSCOW : Rusia mula mengundurkan pasukan tenteranya dari Kyiv selepas mengumumkan akan ‘mengurangkan...

Lancar Peluru Berpandu Balistik...

SEOUL - Korea Utara melancarkan Peluru Berpandu Balistik Rentas Benua (ICBM) dari kawasan...

Penoreh Getah Didakwa Bunuh Anak Teman Wanita

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak teman wanitanya bulan lepas.

Mohd Zamri Daud, 42, seorang penoreh getah dituduh membunuh kanak-kanak itu di rumah tidak bernombor di Kampung Sungai dekat sini, kira-kira pukul 11 pagi, 11 Ogos lepas.

Sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin, tertuduh hanya mengangguk tanda faham dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mohd Zamri dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarifah Syazwani Syed Hussin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret menetapkan 4 Nov ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori