• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kg. Siam Minta Tidak Luluskan Projek Hotel

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Sekumpulan penduduk di Kampung Siam, Pulau Tikus di sini meminta kerajaan Pulau Pinang agar tidak meluluskan cadangan untuk mendirikan hotel di kawasan itu yang menyebabkan mereka terpaksa berpindah.

Wakil kumpulan berkenaan Boon Leua Aroomratana, 56, berkata 50 penduduk 22 rumah di kawasan itu telah menerima surat daripada syarikat yang ingin mendirikan hotel itu April lepas yang meminta mereka berpindah.

“Mereka menawarkan pampasan RM10,000 hingga RM30,000 kepada setiap rumah tetapi kami enggan menerimanya kerana terlalu rendah dan kebanyakan penduduk telah tinggal di sini sejak beberapa generasi.

PG03_240914_BANTAHAN

“Memang tanah ini bukan milik kami tetapi ia di bawah satu geran atas nama sebuah jawatankuasa wakaf Siam dan Burma…setiap tahun kami yang membayar cukainya. Apa yang menjadi persoalan penduduk di sini bagaimana tanah milik jawatankuasa itu boleh dijual kepada pemaju berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu kira-kira 50 penduduk di perkampungan itu mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah cadangan syarikat berkenaan yang mahu membangunkan kawasan itu dengan membina hotel.

Boon yang juga Naib Yang Dipertua Persatuan Siam Pulau Pinang berkata satu-satunya kawasan warisan kampung Siam di negeri ini akan lenyap jika kerajaan negeri meluluskan projek itu.

PG01_240914_RUMAH-WARISAN

“Pada mulanya kami semua tidak peduli dengan surat daripada pemaju pada April lepas tetapi baru-baru ini iaitu pada bulan Julai penduduk menerima surat daripada peguam syarikat berkenaan yang mahu kami keluar dalam tempoh sebulan bagi membolehkan kerja-kerja membersihkan kawasan itu dijalankan,” katanya.

Beliau berkata berikutan itu penduduk menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak dan melantik peguam bagi membolehkan urusan mereka dibuat mengikut undang-undang.

Wan Dee Aroonratana, 90, yang juga bapa kepada Boon pula berkata beliau dilahirkan di perkampungan itu selepas bapanya yang berasal dari Alor Star, Kedah berpindah ke kawasan itu pada awal tahun 1900.

“Menurut mendiang ayah saya, perkampungan ini wujud sejak tahun 1845 yang dahulunya tanah di sini dimiliki oleh pemerintah ketika itu sebelum ia dijadikan tanah wakaf untuk orang Burma dan Siam yang menetap di Pulau Pinang. Kami bukan penceroboh sebaliknya memang penduduk asal yang menetap di sini,” katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus daripada DAP Yap Soo Huey yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata beliau akan menghantar surat bantahan kepada Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) meminta projek oleh syarikat berkenaan tidak diluluskan.

“Saya difahamkan setakat ini syarikat itu belum mendapat kelulusan daripada MPPP untuk membangunkan tanah berkenaan dan saya mewakili penduduk di sini berharap pihak berkuasa tempatan tidak meluluskan projek itu demi kepentingan penduduk,” katanya. – BERNAMA

Tags: hotel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa tindakan mengisytiharkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu di sebuah...

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tetap mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd