• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Pekerjaan Dalam Negara Sentiasa Terbuka Luas

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Peluang pekerjaan sentiasa terbuka luas di negara ini dan kerajaan menjalankan pelbagai program dalam menyediakan pekerjaan kepada rakyat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata ini terbukti kerana ketika ini terdapat sebanyak 2.9 juta pekerja asing yang memiliki permit sah sedang bekerja dalam negara.

“Di sini jelas bahawa peluang pekerjaan sentiasa ada bagi penduduk tempatan yang layak dan benar-benar berminat serta berusaha untuk mendapatkannya,” katanya ketika berucap pada Program Penempatan Pekerjaan Azam Kerja di Stadium Perpaduan di sini, pada Sabtu.

Program selama dua hari itu dihadiri ribuan pencari pekerjaan dari seluruh negeri.

Beliau turut menasihatkan rakyat agar mengikis sikap memilih pekerjaan sebaliknya merebut peluang yang ditawarkan sebagai usaha membantu kerajaan mengurangkan jumlah pekerja asing dalam negara.

Beliau berkata Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK) sehingga kini menganjurkan 23 program khusus untuk pencari kerja dan sempena program itu, 54 majikan menawarkan kira-kira 5,700 pekerjaan pelbagai jawatan.

Menurut beliau sehingga Ogos lepas JTK merekodkan sebanyak 34,561 pencari kerja aktif di Sarawak dengan 12,007 orang atau 34.7 peratus daripadanya adalah siawazah dengan jumlah jawatan kosong di Sarawak sehingga Ogos lepas ialah sebanyak 50,167.

Menurut beliau dalam melaksanakan agenda utama JTK untuk membawa keluar kumpulan miskin tegar daripada kepompong kemiskinan, JTK Sarawak melalui Program Penyesuaian Kerjaya atau “2PK” berjaya mendidik sebanyak 1,256 peserta E-kasih.

Hasil pendedahan berkaitan motivasi kerjaya, persediaan menghadapi temuduga dan sebagainya, sebanyak 485 peserta kini sudah memiliki pekerjaan tetap, katanya.

Menurut Riot, menerusi Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (OKU) pula, JTK Sarawak sehingga kini telah membantu 20 usahawan OKU dari segi menyediakan bantuan peralatan, ubah suai perniagaan serta publisiti, dengan geran sehingga RM100,000 seorang. – BERNAMA

Tags: kerjayaMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd