Sample Page Title

BATU PAHAT — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menegaskan parti itu tidak berebut jawatan Menteri Besar Selangor sebagaimana
pandangan pihak tertentu di luar.

Ketika sesi penggulungan dan penangguhan Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja
hari ini, beliau berkata dalam isu Menteri Besar Selangor, terdapat hukum syarak
yang perlu dipatuhi dan bukan hanya mengikut hukum akal semata-mata.

“Langkah Kajang adalah sesuatu yang tidak menyenangkan (kepada PAS). Saya
ingin menegaskan bahawa PAS tidak berebutkan jawatan Menteri Besar (Selangor).”
    
“PAS tidak ‘pelahap’ kepada jawatan Menteri Besar. Tetapi kena ingat di sana
terdapat juga hukum syarak, jangan ikut hukum akal sahaja,” katanya sambil
disambut teriakan ‘Allahuakbar’ oleh para perwakilan.

Abdul Hadi berkata PAS tidak berebutkan jawatan itu walaupun ia memiliki 15
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding 14 oleh Parti Keadilan Rakyat
(PKR) manakala DAP mempunyai 16 wakil rakyat.

Abdul Hadi berkata mengikut Perlembagaan Selangor, jawatan Menteri Besar
perlu diisi seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Presiden PAS itu turut menyentuh isu ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama parti
berkenaan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Beliau turut membidas rakan tahaluf siyasi PAS itu, yang disifatkannya
sebagai tidak beretika kerana ‘mencuri’ dua wakil rakyat parti berkenaan untuk
menyokong tindakan mereka dalam isu Menteri Besar Selangor.

“Walaupun kita bertahaluf siyasi dengan rakan-rakan kita (PKR dan DAP)
tetapi mereka bersikap tidak beretika kerana mencuri dua wakil rakyat kita.
Adakah itu etika tahaluf siyasi?” katanya.


Beliau mendakwa terdapat pihak yang memainkan peranan sebagai ‘barua’ dan
‘broker’ bagi membolehkan kedua-dua wakil rakyat PAS itu menandatangani Akuan
Bersumpah menyokong pencalonan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai Menteri Besar Selangor.

Mereka ialah Saari Sungib (DUN Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Menteri Besar Selangor yang baharu dijadual mengangkat sumpah di Istana Alam
Shah, Klang Selasa ini.

Abdul Hadi berkata walaupun PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR
namun mereka masih mengekalkan perbezaan dalam dasar parti kerana ketiga-tiga
adalah parti politik yang berbeza.

Beliau juga berkata tahaluf siyasi tidak bermakna mereka menjadi satu parti
politik dengan dasar yang sama dalam pelbagai perkara.

“Tahaluf Siyasi adalah kerjasama di mana kita (PAS, PKR dan DAP) mencari
titik kebersamaan,” katanya. — BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...