Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Cedera Patah...

GEORGE TOWN - Seorang anggota polis mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas dirempuh...

PH Ditempelak Samakan Kulim...

KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd Radzi Md Jidin...

Pelajar Perlu Berfikir Luar...

TELUPID - Golongan pelajar perlu berfikir di luar kotak dalam mempersiapkan diri mereka...

Nur Misuari Muncul Semula,...

MANILA - Pemimpin puak pemisah Islam Filipina, Nur Misuari, muncul semula selepas tiga...

PAS Jadikan Isu Projek Tebatan Banjir Di Sungai Golok

TUMPAT – Projek tebatan banjir sepanjang Jalan Kasban di Sungai Golok yang dibina oleh kerajaan pusat nampaknya akan dijadikan isu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, projek bernilai RM3 juta itu adalah satu usaha yang sia-sia kerana ia tidak menyelesaikan masalah rakyat di beberapa kampung di situ.

Bercakap pada sidang media PAS di sini hari ini, Wan Abdul Rahim yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi PRK itu berkata, “Kita akan bangkitkan isu tebatan banjir itu…”  .

Beliau berkata projek tebatan itu memang bermanfaat ketika banjir tetapi mendatangkan masalah lain kerana air itu bertakung dalam tiga buah kampung selepas banjir.

“Selepas banjir penduduk seperti berada di dalam kolam kira-kira berbulan lamanya apabila tiada saluran air keluar,” katanya.

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat itu dilaksanakan bagi mengurangkan risiko banjir di daerah Tumpat tetapi ia mengalami masalah teknikal kerana tanah di sebelah Thailand adalah lebih tinggi dari tebatan itu.


Projek tersebut yang dimulakan Januari 2006 itu siap sepenuhnya pada Disember 2010.

PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas akibat barah usus dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Sept sebagai hari mengundi.

Pada PRK itu Mat Razi Mat Ail dari Barisan Nasional (BN) menghadapi pertandingan tiga penjuru antara calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas, Nor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori