• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Cedera Patah Kaki Dirempuh Kereta

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang anggota polis mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas dirempuh sebuah kereta yang enggan berhenti untuk pemeriksaan di Jalan Ria, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira pukul jam 1 pagi itu, Lans Koperal Norman Sani sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan bersama seorang lagi anggota polis.

“Semasa kejadian, dua anggota polis itu menahan sebuah kereta Proton Wira dan membuat pemeriksaan di tepi jalan berkenaan sebelum mangsa cuba menahan sebuah lagi kenderaan.

“Lans Koperal itu mengarahkan kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berhenti di tepi jalan namun secara tiba-tiba pemandunya merempuh anggota menyebabkan mangsa tersepit di antara dua kenderaan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, berikutan kejadian itu polis menahan pemandu kereta Perodua Myvi berusia 30 tahun berkenaan dan merekodkan keterangan sebelum membebaskannya dengan jaminan polis.

Anuar berkata anggota polis yang cedera itu mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: anggota poliskemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd