Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Tahun Depan, Dah Boleh...

INI satu berita baik buat individu yang gemar menjelajah. Hujung tahun hadapan, perjalanan dari Malaysia ke...

16,000 Nelayan Sabah Layak...

PUTATAN - Kira-kira 16,000 nelayan di Sabah layak menerima bantuan kerajaan menerusi program...

Lelaki Pakistan Disyaki Dalang...

MELAKA - Jabatan Imigresen Melaka menahan seorang lelaki warganegara Pakistan yang disyaki dalang...

Najib Sindir Guan Eng...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak percaya Lim Guan Eng akan terlepas...

PAS Sengaja Perlekeh Gelaran Ustaz Calon BN – Fathul Bari

TUMPAT – Tindakan PAS memperlekehkan gelaran ustaz pada Mat Razi Mat Ail disifatkan sebagai sengaja untuk menghina calon Barisan Nasional (BN) kerana calon mereka bukan dalam kalangan ustaz pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

EXCO Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahaya, berkata tindakan PAS itu juga menunjukkan kedangkalan parti itu tentang gelaran sebenar ustaz yang merujuk kepada maksud sebagai tuan, guru, ketua ataupun profesor jika di Mesir.

“Tak perlu timbul masalah ini. Yang penting calon BN sendiri tidak pernah mendakwa dirinya ustaz. Mungkin dia buka madrasah dan sebab itu dipanggil masyarakat sekeliling sebagai ustaz.

“Artis-artis yang masuk PAS juga digelar ustaz dan ustazah…tidak ada siapa pun nak mempertikaikannya,” katanya kepada pemberita di Pusat Daerah Mengundi Telaga Bata di sini, hari ini.

Sebelum ini, PAS mempertikaikan gelaran ustaz diberikan kepada Mat Razi yang disifatkan tidak layak diberi gelaran itu kerana calon BN itu bukan seorang guru agama sepenuh masa.

Fathul Bari mendakwa tindakan PAS itu juga sebenarnya bertujuan untuk membunuh karektor calon BN.


“Ini semata-mata mahu membunuh karektor calon BN. Ini bukan cara Islam yang sepatutnya kita bersaing secara sihat dan bukannya mengkritik gelaran itu atau cara memakai jubah dan berkopiah calon BN ini,” katanya.

Beliau berkata, PAS perlu melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini yang menyebut syarat menjadi menteri besar sendiri tidak menyebut ia semestinya seorang ulama.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 25 Ogos lepas akibat kanser hati.

Mat Razi akan ditentang calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. Hari pengundian ditetapkan 25 September ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori