Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

KKM Tak Lanjut Tempoh...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang memanjangkan tempoh inkubasi daripada 14 kepada 24 hari...

Masyarakat, Agensi Pelaksana Perlu...

KUCHING - Masyarakat serta agensi pelaksana perlu bekerjasama dengan polis dalam menangani isu...

Media Prima Kurangkan Pekerja...

SHAH ALAM - Pemberhentian kerja melibatkan semua kakitangan termasuk pengurusan Media Prima dan...

Bengang Jem Roti Habis,...

SEORANG lelaki di Fruitland Park, Florida, Amerika Syarikat, ditahan pihak polis kerana menggunakan kepala...

Nik Aziz Sangkal Hubungan Renggang Punca Kalah PRK

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyangkal dakwaan hubungan yang renggang antara Pas dan komponen PR punca kekalahan calon parti itu dalam PRK Dun Pengkalan Kubor, semalam.

Menurutnya, ini kerana calon yang dipilih bukan mewakili Pas semata-mata sebaliknya PR sebagaimana dipersetujui sebelum ini.

“Calon di Pengkalan Kubor adalah calon PR, bukan calon Pas sahaja, PR terima calon ini, apa lagi yang ingin dibangkitkan,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini, hari ini.

Keputusan PRK Dun Pengkalan Kubor menyaksikan calon BN, Mat Razi Mat Ail menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 2,365 undi.


Mat Razi meraih 9,961 undi, Wan Rosdi (7,326 undi) dan Izat Bukhary memperoleh 38 undi.

Kemenangan BN dengan majoriti bertambah itu disifatkan banyak pihak kerana kegagalan strategi Pas yang mengambil kerusi itu daripada PKR.

Ia juga dikatakan bersangkut paut dengan kemelut dalaman perikatan itu membabitkan isu Menteri Besar Selangor. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori