Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

7 Remaja Pukul Rakan...

JOHOR BAHRU - Tujuh remaja lelaki ditahan kerana terlibat dalam insiden memukul seorang...

Video: Anak Gelek Lucah.....

PELAKON veteran Normah Damanhuri nampaknya mempunyai anak-anak yang sudah terbiasa dengan kontroversi meskipun tak...

Kes Lemas Sungai Buloh:...

KUALA LUMPUR - Mayat ketiga mangsa yang hilang ketika memancing di Sungai Gasi...

14 Individu Ditahan Reman...

PUTRAJAYA - Tujuh penjawat awam termasuk seorang ketua polis balai ditahan reman selama...

Mustafa Ali Akui PAS Di Ambang Perpecahan

BATU PAHAT – Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengakui parti itu di ambang perpecahan berikutan terdapat dakwaan parti itu berpecah kepada dua kumpulan iaitu golongan ulama dan profesional.

“Suasana pada hari ini berbeza dengan perjuangan PAS pada waktu dulu. Kini, wujudnya kumpulan ulama dan profesional dan kerana adanya kumpulan ini, sukar bagi PAS untuk disatukan.

“Psikologi itu sudah ditanam tetapi saya yakin ia boleh disatukan,” katanya pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, perpecahan yang berlaku kini tidak pernah berlaku di dalam parti itu sebelum ini.

“Berpuluh tahun tidak timbul pun seperti mana yang timbul sekarang. Haji Hadi (Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berbisik pada saya, pemimpin dr era 70-an kini hanya tinggal empat orang saja antaranya beliau, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.

“Kumpulan yang dinamakan ulama dan profesional bukan perkara baru dalam PAS. Kenapa perkara itu wujud ketika ini?


“Jangan sampai isu kumpulan ulama dan profesional ini dibangkitkan hendak memimpin PAS. Kita memang sedang memimpin PAS bersama-sama.

“Siapa kata profesional tidak diperlukan dalam PAS, dia sebenarnya tidak memahami dinamik perjuangan PAS. Kalau kata ulama pun sama tidak faham… dua-dua kumpulan ini sebenarnya saling melengkapi satu sama lain,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada ahli parti yang sentiasa bercanggah pendapat dengan pemimpin tertinggi supaya tidak menjatuhkan mana-mana pemimpin pada sesi pemilihan tahun depan.

“Jangan kita lihat pada sesi pemilihan muktamar tahun depan, ada yang mahu melihat orang-orang ini dijatuhkan.

“Pimpinan siapa yang tidak lakukan kesilapan? Jangan tidak puas hati dengan orang ini… datang sembelih… datang lagi orang lain tak puas hati, sembelih. Jika perkara ini berterusan, habislah,” katanya. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori