• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Terima Kunjungan Setiausaha Agung D-8

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan Setiausaha Agung Kumpulan Lapan Negara Membangun bagi Kerjasama Ekonomi (D-8) Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi di pejabatnya di sini.

Seyed Ali sedang dalam rangka lawatan dua hari dan ini adalah kunjungan pertama beliau sejak memegang jawatan itu pada Januari tahun lepas.

Dalam satu kenyataan kemudian, Muhyiddin berkata beliau berharap lawatan itu akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dalam kalangan negara anggota D-8 dan akan membawa kepada hasil lebih pragmatik dalam memperkukuhkan hubungan.

“Malaysia sentiasa komited dalam penyertaan kami dalam kerangka kerjasama D-8 sejak penubuhannya pada 15 Jun, 1997 dan akan kekal begitu menerusi usaha kami untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negara anggota D-8,” katanya.

Oleh kerana perusahaan kecil dan sederhana (SME) merupakan teras utama sektor swasta, Muhyiddin berkata kerajaan Malaysia mengalu-alukan sebarang usaha yang membawa kepada kerjasama dalam kalangan SME negara anggota D-8.

“Malaysia berpandangan bahawa D-8 patut mempromosikan dan menumpukan kepada usaha mewujudkan rangkaian SME berasaskan inovasi untuk meningkatkan tambah nilai dan ilmu industri kandungan sehingga membawa kepada pemerkasaan kerangka bagi FDI dan pelaburan domestik,” katanya.

Muhyiddin berkata lawatan itu juga merupakan peristiwa penting selaras dengan hala tuju baharu kumpulan itu.

D-8 dianggotai Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan, Turki dan Malaysia. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo   Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan menangisi tragedi membabitkan pelajar bukan penyelesaian, sebaliknya langkah tegas perlu diambil bagi memastikan keselamatan murid di sekolah.  “Menteri menangis bukan penyelesaiannya,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.  Mohamad Khir berkata demikian ketika mengulas kejadian seorang pelajar perempuan di Yong Peng, Johor yang ditemukan tidak bernyawa di kawasan sekolah, selain membangkitkan kejadian lain yang menurutnya turut berlaku di Pahang.  Beliau meluahkan rasa sedih dan geram terhadap perkembangan berkenaan serta mempersoalkan tahap keselamatan sekolah sekiranya kejadian sedemikian terus berulang.  “Esok lusa tak tahu di sekolah mana lagi peristiwa yang sama berulang. Sekolah bukan lagi tempat selamat untuk kita pasrahkan anak-anak kita,” katanya.  Sehubungan itu, Mohamad Khir menggesa kementerian menetapkan satu prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan seragam dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Peguam Negara bagi menangani kes serius membabitkan keselamatan pelajar.  Menurutnya, tindakan pantas perlu diambil bukan sahaja terhadap pelaku sekiranya berlaku kesalahan, malah pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan murid juga perlu dikenakan tindakan sekiranya terdapat asas undang-undang dan bukti berlaku kecuaian.  Beliau mendakwa kegagalan memastikan akauntabiliti boleh menyebabkan budaya lepas tangan dan saling menuding jari apabila sesuatu kejadian berlaku.  “SOP ini sangat penting untuk mengekang perkara ini daripada terus berlaku dan jadi lebih gawat dibincangkan di media sosial,” katanya.  Mengakhiri hantaran itu, Mohamad Khir menggunakan peribahasa: “Harapkan pegar, pegar makan padi. Sekolah ku kerajaan madani???” – MYNEWSHUB   Sumber Info: Akaun Media Sosial Dr. Mohamad Khir Toyo

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan menangisi tragedi membabitkan pelajar bukan penyelesaian, sebaliknya...

KPT Pantau Kualiti Udara, IPT Diberi Autonomi Tentukan Mod PdP

KPT Pantau Kualiti Udara, IPT Diberi Autonomi Tentukan Mod PdP

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaannya supaya memantau bacaan Indeks...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In