• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17 : Pengalaman Yang Tak Boleh Dilupakan – Imam

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pulang ke tanah air hari ini menyifatkan pengalaman 44 hari menguruskan jenazah mangsa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines di Belanda adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Imam Besar Masjid Putra Putrajaya, Abdul Manaf Mat berkata dalam tempoh waktu itu petugas berhadapan dengan peralihan cuaca panas ke sejuk serta berpuasa selama 19 sehingga 20 jam.

“Semasa menguruskan jenazah apa yang saya fikirkan hanya untuk menyempurnakan kewajipan fardu kifayah,” katanya kepada pemberita selepas tiba dari Amsterdam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pagi tadi.

Ketibaan Abdul Manaf yang juga Ketua Petugas Jakim bersama tiga yang lain disambut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.

Beliau yang berada di sana sejak 18 Julai lepas bersama sembilan petugas lain, berkata tiada perbezaan bagi menyelesaikan ibadah tersebut namun sedikit janggal kerana lokasi pengurusan jenazah jauh beribu batu di negara orang.

“Di sana bila ada kematian urusan jenazah dilakukan di satu tempat yang di khaskan tidak seperti di Malaysia kita uruskan di masjid berhampiran,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata syarikat pengurusan jenazah di Belanda juga tertarik dengan cara petugas melaksanakan pengurusan jenazah dari langkah pertama iaitu proses memandikan, kafan, sembahyang jenazah dan akhir dikebumikan.

Semasa proses pengurusan jenazah, petugas Jakim juga dibantu oleh Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan komuniti Islam di sana.

Seorang petugas wanita, Sitaton Mohd Osman, 56 berkata proses menguruskan jenazah wanita muslim warga tempatan dimudahkan atas doa rakyat Malaysia.

“Setiap jenazah dapat dimandikan dan dikafankan dalam masa antara setengah jam sehingga 45 minit,” katanya yang juga Pembantu Hal Ehwal Islam di Bukit Aman.

ementara itu Othman berkata seramai empat petugas Jakim termasuk dua wanita yang diketuai Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Hazarudin Baharudin telah berada di Belanda bagi menyambung tanggungjawab menguruskan jenazah.

“Empat petugas ini mungkin akan berada di sana sehingga urusan pengurusan jenazah semua rakyat Malaysia selesai,”katanya.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Pesawat Boeing 777 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, telah ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA

Tags: JakimMH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

Selepas Sesi Tabayyun JAKIM Dengan Timbalan Menteri Agama, Apa Tindakan Susulan? – Hafiz

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan tindakan susulan pihak berkuasa agama selepas sesi tabayyun berhubung kandungan sebuah...

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd