Sample Page Title

BATU PAHAT — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata
beliau tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah
tidak mempunyai sebarang masalah dengan presiden parti itu.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kenyataannya kepada
media berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor adalah hasil yang dicapai
dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan beliau hanya mengetuai parti pada
sidang akhbar itu.

“Tujuan mahu menjatuhkan Presiden tidak ada langsung dalam jiwa. Saya ingin
sebut sekali lagi, apa yang saya cakap kepada wartawan adalah hasil mesyuarat.
    
“Pada 17 Ogos itu, saya mengepalai kenyataan kepada wartawan tetapi tidak
ada satu titikpun yang saya ubah apa yang ditandatangani Presiden. Keputusan
kita, jawatan MB bukan daripada kita (PAS). Begitu juga sidang akhbar pada 7
Sept, juga hasil mesyuarat jawatankuasa, bukan pandai-pandai tetapi ia juga
keputusan mesyuarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden
pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja di sini hari ini.

Mat Sabu berkata beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Hadi malah
pernah turun padang membantu Anggota Parlimen Marang itu dalam menghadapi
pilihan raya umum.

Walaupun mempunyai kuasa untuk menandatangani perkara tertentu sekiranya
ketiadaan Abdul Hadi namun beliau tetap melakukan rujukan dengan bertemu
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi mendapatkan pandangan.

“Kalau dia (Mustafa) kata jangan tandatangan lagi, saya tidak lakukannya
walaupun presiden tiada, dan (jika) saya patut tandatangannya, itu maknanya saya
dan Mustafa bersama-sama dalam membuat keputusan,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kecil hati apabila pelbagai tuduhan dilempar
terhadapnya namun menyifatkan perkara itu sebagai ‘sudah nasib beliau’.– BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...