• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tanpa Kedua-Dua Belah Tangan Lulus Ujian Memandu

oleh Ahmad Albab
18/09/2014
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIGA, Latvia – Seorang lelaki di bandar ini berjaya memperoleh lesen memandu walaupun dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dan terpaksa memandu dengan menggunakan kaki, lapor portal MailOnline, kelmarin.

Lebih menakjubkan lagi, lelaki tersebut, Gatis Caunitis, 26, lulus ujian lesen memandu dalam cubaan yang pertama.

Caunitis kehilangan kedua-dua belah tangannya akibat terkena renjatan elektrik ketika berusia enam tahun dan sejak itu dia menggunakan kakinya untuk melakukan semua tugas termasuk memandu kereta.

Walaupun cacat, Caunitis mampu memandu kereta transmisi automatik dengan baik dan lebih selamat berbanding pemandu normal.

Caunitis berkata, pengajar di sekolah memandu tidak terkejut apabila kali pertama melihat keadaan dirinya dan pengajar tersebut sering memberi kata-kata semangat kepadanya.

“Pengajar itu memberitahu saya, dia kagum melihat kecekapan saya memandu kereta walaupun saya hanya menggunakan kaki.

“Saya lulus ujian teori dan praktikal dalam cubaan yang pertama,” katanya. – Agensi

 

Tags: lelakiLesen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd