Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Majikan Didakwa Potong Gaji...

KLANG - Sebuah syarikat logistik hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini...

Amaran Ribut Petir Di...

KUALA LUMPUR – Kejadian ribut petir yang melanda perairan Rejang, Mukah dan Bintulu...

Keputusan Najib Boleh Panggil...

KUALA LUMPUR - Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memanggil pakar tulisan tangan...

Pertimbang Sub-Kategori Autisme Kad...

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mempertimbangkan permintaan ibu bapa untuk...

Kenapa Ibu Ini Tak Marah Apabila Anaknya Ditampar Guru?

DALAM banyak-banyak kes ibu bapa mengadu anak mereka menjadi mangsa hukuman secara fizikal oleh guru-guru di sekolah, masih ada lagi yang berfikiran positif mengenainya.

Menerusi status seorang pengguna Facebok, Zeeda Aziz, dia menceritakan mengenai anaknya yang pernah ditampar oleh seorang guru.

Bagaimanapun, anaknya itu hanya memberitahunya selepas beberapa bulan peristiwa itu.

Menariknya, dia tidak marah, sebaliknya meminta guru tersebut menjadi tutor peribadi anak-anaknya.

Jelasnya lagi, guru tersebut sememangnya tegas dan menggunakan cara lama untuk mendidik.

Kenapa Ibu Ini Tak Marah Bila Anaknya Ditampar Guru?

Dari satu sudut, kami bersetuju kerana hukuman berbentuk fizikal sememangnya berjaya melahirkan insan-insan yang cemerlang pada suatu masa dulu.


Namun, dari satu sudut lagi, kami sarankan agar guru tidak menampar atau melempang pelajar kerana dikhuatiri ia boleh menyebabkan kecederaan dalaman.

Nabi saw juga pernah bersabda:

” Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara’) hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya.” – Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Kalau setakat rotan di tapak tangan atau punggung, normal lagi. Apa pendapat pembaca?

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

Kategori

Leave a Reply