Sample Page Title

‘Kehebatan’ sesetengah pemimpin PAS tidak boleh dianggap sebagai lesen besar sehingga boleh mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama, yang selama ini menjadi teras dan tunjang kepada kepimpinan parti itu.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor Izwan Baidawi berkata ada kalangan anggota dan pemimpin parti itu yang ‘seronok’ dengan istilah tahaluf siyasi (kerjasama politik) sehingga terlupa yang mereka masih anggota PAS.

“Ulama perlu jadi benteng dan pemandu supaya ahli-ahli tidak terpesong sehingga menolak pendirian atau keputusan yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama. Kita perlu sama-sama memahami.

“Hebat bukan lesen besar sehingga mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama,” katanya ketika membahaskan ucap tama Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob pada muktamar tahunan ke-53 Dewan Ulama PAS Pusat di sini, Rabu.

Beliau turut mengingatkan anggota PAS supaya tidak berbalah tetapi sebaliknya menjadikan muktamar itu medan pencernaan idea dan pendapat bagi mengatasi isu dalaman parti pada masa kini.

“Ada kaedah lain dan terbaik untuk merungkai sebarang permasalahan,” katanya.

Sementara itu, wakil Ulama Pelapis Dewan Ulama PAS Pusat Hairul Nizam Hussein pula menyifatkan percanggahan pendapat sebahagian pemimpin parti itu terhadap keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini, merisaukan dan sesuatu yang kritikal.

“Sebahagian pemimpin PAS mengeluarkan pendapat bercanggah terhadap keputusan Majlis Syura Ulama sehingga timbul persoalan sama ada keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama boleh diperbahaskan,” kata beliau.


Sehubungan itu, ulama pelapis mempunyai tanggungjawab untuk menjadi benteng dan tonggak Ulama PAS dan Majlis Syura Ulama terutama ketika ada pihak yang mempertikaikan kredibiliti Majlis Syura Ulama.

Beliau turut mengingatkan anggota dan pemimpin PAS bahawa mereka tertakluk di bawah parti dan bukannya pakatan pembangkang.

“Sekali lagi saya tegaskan, kita perlu sedar kita bukan berada dalam keadaan tenang. Apabila tuan guru dan pimpinan ulama dipertikai, saya bimbang ia boleh menjadi seperti barah.

“Hati-hati, takut nanti lepas ini Dewan Ulama diperkotak-katikkan, disampahkan dan (mungkin) tidak diperlukan lagi,” katanya.

Seramai 543 perwakilan menghadiri muktamar Dewan Ulama itu.

— BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...