• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iskandar Samad Bakal MB Selangor Yang Baharu?

oleh AK-47
10/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHABAR angin bertiup kencang yang Pengerusi Pas Selangor, Iskandar Samad bakal menjawat jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim.

Walaupun menafikan perkara tersebut, namun nama beliau mula disebut-sebut untuk mengisi ‘kerusi panas’ berkenaan.

Iskandar kini adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Bangunan dan Peneroka dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka.

Berasal dari Petaling Jaya, Selangor, Iskandar adalah lulusan Ijazah Senibina dari Humberside, United Kingdom dan pernah menjadi Pensyarah Senibina di Universiti Teknologi MARA.

Istana Selangor sebelum ini mengesahkan Pas menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun sumber dari Istana tidak mendedahkan nama calon-calon berkenaan.

Urusan surat-menyurat mengenai nama calon itu juga dikendalikan secara peribadi oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah

Difahamkan, selain Iskandar, dua lagi calon yang dilaporkan ialah Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah agar parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Khalid sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

PKR dan DAP bagaimanapun sehingga kini kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.

Andai kata benar Iskandar dilantik menjadi MB, apa agaknya reaksi PKR dan DAP?

Adakah Pakatan Rakyat berkubur atau bagaimana?

Kita tunggu dan lihat! – Mynewshub.my

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

Ikut Cara Bangsa Johor Tak Peduli Kempen Fitnah Besar-Besaran Semasa PRN – Azrul

28/08/2026
0

SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd