• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKRAM Minta Azmin Adil Kepada Penyokong Parti Lain

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengingatkan Menteri Besar Selangor yang baharu dilantik, Mohamed Azmin Ali bahawa beliau adalah Menteri Besar untuk semua pihak di Selangor.

Presidennya, Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad berkata, Mohamed Azmin juga merupakan Menteri Besar untuk seluruh rakyat Selangor tanpa mengira kefahaman politik, agama atau kumpulan etnik.

“IKRAM berharap Mohamed Azmini akan melaksanakan amanah dengan jujur, adil, berprinsip, bijaksana, bersyura dan penuh bertanggungjawab terutama dalam mengurus dan mentadbir negeri Selangor yang kaya, menaungi pelbagai kumpulan etnik dan agama serta pelbagai taraf kemajuan rakyat dan daerah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Parid turut melahirkan rasa syukur dengan penyelesaian kemelut jawatan Menteri Besar Selangor selepas Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dihadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana sanggup menarik diri daripada pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor bagi menyelesaikan kemelut itu.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan parti-parti politik lain supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan bijaksana tanpa menjejaskan khidmat kepada rakyat agar perkara sama tidak berulang. – mynewshub.cc

 

 

Tags: Azmin AliIKRAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

Ikram Jamin Beri Kerjasama Penuh Siasatan Dana Zakat, Dakwa Isu Melibatkan Individu Bukan Organisasi

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menegaskan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan penahanan tiga individu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd