• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Nila Setitik, Rosakkan Susu Sebelanga

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof merasa kesal kerana terdapat golongan guru yang tidak berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata dalam menghadapi pelbagai isu dan cabaran ketika melaksanakan tanggungjawab, budaya kerja yang cepat, tepat dan berintegriti dalam kalangan penjawat awam termasuk guru perlu diamalkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ialah walaupun budaya kerja cepat dan tepat itu ada, tetapi terdapat guru yang tidak berintegriti.

“Kumpulan ini (tidak berintegriti) di kalangan guru, saya panggil sebagai ‘guru nila setitik’, bukan guru sejati. Kalau nila setitik jatuh dalam susu, maka boleh rosak susu satu belanga. Ini yang berlaku kepada kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

“Ada di kalangan guru yang sanggup menggadaikan kemuliaan profesion guru. Dalam usaha hendak membantu murid mereka mencapai kejayaan dengan cepat, memang bagus, tetapi takkan bagi semua soalan peperiksaan bocor. Inilah rendahnya martabat integriti guru berkenaan,” katanya pada majlis penyampaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2014 di sini malam tadi.

Beliau menyifatkan guru seperti itu sebagai pengkhianat yang mesti dihapuskan.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan mereka. Kita tahu kalau melakukan sebarang kesalahan memang ada ruang untuk dimaafkan, tetapi kalau hendak menjaga kemuliaan profesion dan kesejatian seorang guru, maka saya tidak boleh berkompromi. Mereka memang tidak sesuai berada dalam sistem dan profesion yang mulia ini.

“Kita semua harus melaksanakan tugas yang diamanahkan secara beradap dan mengikut peraturan bagi memastikan imej kerajaan sentiasa dipandang tinggi.

“Perkhidmatan awam adalah komponen penting dan penghubung dalam menterjemahkan misi kerajaan. Untuk itu kita perlu sama-sama mengukuh ikrar janji setia dan bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan yang bersatu, dinamik dan progresif dalam melaksanakan proses tranformasi negara,” kata Khair.

Bagi anugerah itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Pahang muncul johan bagi kategori sekolah menengah, naib johan Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, Sabah dan tempat ketiga Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu, Terengganu.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, RM3,500 dan RM2,500 serta trofi, sijil dan buku.

Bagi kategori sekolah rendah, johan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Jerangau, Hulu Terengganu, naib johan SK Matang Jaya, Padawan, Sarawak, manakala tempat ketiga SK Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM2,500 dan RM1,000 serta trofi, sijil dan buku. – BERNAMA

Tags: Guru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd