• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru-Guru…Hati-Hati Kongsi Jawapan Lucu Murid Di Internet

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN sekali dua kita melihat gambar jawapan lucu murid sekolah ketika menjawab kertas soalan disiarkan di laman sosial.

Kebiasaannya, ia dikongsikan oleh guru yang menyemak kertas soalan tersebut.

Pastinya ia mengundang gelak tawa di kalangan netizen yang melihatnya sekaligus menjadikan ia viral.

Bagaimanapun, tidak semua pihak bersetuju dengan tindakan menyebarkan gambar kertas jawapan tersebut kepada umum termasuklah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Memetik laporan Harian Metro, Presidennya Hashim Adnan menyifatkan tindakan tersebut melanggar etika profesion perguruan sekaligus mengikis perasaan hormat terhadap guru berkenaan apabila diketahui oleh murid yang menjadi ‘mangsa’.

“Kebelakangan ini, saya menerima banyak gambar seperti itu yang menjadi ‘viral’ melalui pelbagai aplikasi sosial terutama WhatsApp dan saya percaya gambar itu dirakam dan disebarkan guru yang menyemak soalan murid berkenaan.

“Guru tidak sepatutnya merakamkan gambar soalan dan jawapan menggunakan telefon bimbit dan berkongsi dengan rakan sebagai bahan jenaka kerana ia mungkin boleh mendatangkan kesan buruk kepada murid terbabit.

“Bayangkan jika perkara ini berlarutan, pasti lama-kelamaan murid akan hilang perasaan hormat kepada guru yang mengaibkannya di seluruh dunia,” jelasnya.

Bagi kami ada benarnya kata-kata Presiden NUTP itu kerana tidak semua netizen mengambilnya sebagai lawak semata-mata.

Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengutuk dan memaki murid tersebut termasuklah melabelkannya sebagai ‘bodoh’ dan sebagainya.

Justeru, mungkin selepas ini para guru perlu berfikir banyak kali sebelum berkongsi jawapan lucu pada kertas soalan agar tidak menjatuhkan semangat murid mereka untuk belajar.

Guru-Guru...Hati-Hati Kongsi Jawapan Lucu Murid Di Internet

Guru-Guru...Hati-Hati Kongsi Jawapan Lucu Murid Di Internet

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC

Tags: Gurukontroversimurid
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang guru sebuah sekolah antarabangsa di sini cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar berusia...

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd