Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peguam Negara Didakwa Tersilap...

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas didakwa gagal memberi nasihat yang betul...

Imran Khan Disingkir Daripada...

ISLAMABAD – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan secara rasminya telah disingkirkan daripada jawatan...

Whatsapp Beta Membolehkan Penghantaran...

SALAH satu fungsi yang tidak terdapat pada aplikasi WhatsApp sehingga kini, tetapi popular...

Tahan Sakit Bersalin Sertai...

KUANTAN - Pengalaman menahan sakit untuk bersalin semasa menyertai perarakan motor berkuasa tinggi...

DAP Cadang DUN Sabah, Sarawak Naik Taraf Parlimen

KUALA LUMPUR – Bukan semua rakyat Sabah dan Sarawak mahu negeri itu keluar daripada Malaysia, kata Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin.

Beliau mendakwa golongan terbabit bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan penggagihan kekayaan dan pembangunan yang tidak seimbang dan adil untuk negeri mereka.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan Malaysia mengambil contoh apa yang berlaku di Scotland dengan memulangkan semula kuasa kepada Sabah dan Sarawak.

“Untuk berbuat demikian, Malaysia perlu menaik taraf Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan Sarawak kepada Parlimen seperti Parlimen Scotland yang diwujudkan pada tahun 1998.

“Sarawak dan Sabah perlu juga diberi kuasa untuk menentukan cukai, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Sze Phin turut mendakwa, pakatan pembangkang berjanji akan memulangkan kuasa di Sabah dan Sarawak jika berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada 20 September lalu mengingatkan rakyat Sabah dan Sarawak tidak terpedaya dengan hasutan keluar daripada Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa gerakan sedemikian sebagai bahaya serta mampu menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori