• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon BN Terbaik, Lalui Tapisan Oleh PM – Tok Pa

oleh AK-47
19/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT (Kelantan) – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed jelas kecewa dan dukacita kerana parti PAS menggunakan pendekatan menyerang peribadi calon Barisan Nasional (BN) dalam kempennya di Pengkalan Kubor.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N01 Pengkalan Kubor berkata selain menyerang peribadi calon BN, Mat Razi Mat Ail, 48, fitnah terhadapnya juga dibuat.

“Satu perkara yang kita dukacita akhir-akhir ini kerana mereka menyerang peribadi calon, pelbagai fitnah dilemparkan, perkara ini (fitnah) memang sudah kita jangka,” katanya dalam sidang media di Pengkalan Kubor hari ini.

Menurut Mustapa, Mat Razi merupakan calon pilihan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas melalui beberapa tapisan penting dan hasil tapisan itu Mat Razi merupakan yang paling layak.

“Seperti disebut oleh TPM (Timbalan Perdana Menteri) calon ini adalah calon terbaik, mempunyai latar belakang yang baik, keluarga yang besar dan orang yang banyak pengalaman dalam pentadbiran sebagai seorang guru,” katanya.

Kini, parti PAS dilihat telah mula gerun dengan ketokohan yang ada pada Mat Razi yang mesra dipanggil ustaz sehingga membuatkan jenteras PAS mula menyerang peribadi calon BN.

“Fitnah yang dilemparkan itu adalah fitnah yang tidak benar dan tidak berasas.. Kita mahu pengundi di Pengkalan Kubor ini buat penilaian yang sewajarnya tentang fitnah yang dibuat oleh penceramah PAS sama ada secara terbuka ataupun senyap-senyap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Tumpat untuk sidang media berkaitan kempen PRK berkenaan menjelangnya hari mengundi pada 25 September ini.

Mengulas berkaitan keunikan calon, Mustapa berkata Mat Razi merupakan seorang calon yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik kerana mempunyai kelulusan di peringkat universiti dan juga berpendidikan di Sekolah Pondok.

“Beliau (calon BN) membawa beberapa orang menunaikan umrah di Makkah setiap tahun, mempunyai sifat unik, berkelulusan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pada masa sama belajar di pondok,” katanya.

http://youtu.be/uEsNubq68yk

Mat Razi yang merupakan bekas Pembantu Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat bakal berdepan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K  | Foto dan Video : RIZA RAZAK

 

 

 

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UPSR Bocor: 8 Ahli Jawatankuasa Bebas Diumum

Next Post

BN Jamin Beri Perhatian Istimewa Kepada Pengkalan Kubor

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

09/07/2025
0

SEPANG: Dua individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan penuntut universiti di Cyberjaya, 24 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah...

Polis Rakam Keterangan 4 Individu Kes Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas

Polis Rakam Keterangan 4 Individu Kes Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas

09/07/2025
0

KUALA SELANGOR: Polis merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan pengayuh basikal disyaki menghalang laluan bas, Ahad...

Next Post

BN Jamin Beri Perhatian Istimewa Kepada Pengkalan Kubor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd