Sample Page Title

Selepas Jawatankuasa Peguam Muda Majlis Peguam (NYLC) melancarkan kempen Akta Hasutan 1948 dimansuhkan, kini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bangsa Melayu dan dua bukan Melayu menlancarkan kempen mempertahankan akta berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Jawatankuasa Barisan Perpaduan Nasional (BPN) iaitu sebuah jawatankuasa penyelaras di antara NGO Melayu dalam satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional BPN; Datuk Ibrahim Ali berkata pada hari ini NGO-NGO Melayu bersama dua NGO bukan Melayu tampil menyuarakan desakan untuk kerajaan mempertahankan akta itu.

Akta itu perlu dipertahankan memandangkan keadaan politik yang sudah pun tegang dan agak goyah ketika ini selepas Akta Keselamatan Negeri (ISA) dimansuhkan oleh kerajaan satu ketika dahulu.

“Cuba kita bayangkan, sesudah ISA dimansuhkan dan perkembangan politik mutakhir beberapa tahun ini meletakkan Malaysia dalam keadaan yang cukup tidak stabil, isu perkauman timbul semula, isu-isu keagaaman seperti penghinaan kepada Islam, penghinaan kepada institusi raja dan cemuhan di media sosial dilihat semakin menjadi-jadi.

“Itu baru ISA dimansuh, maknanya jika Akta Hasutan itu dimansuhkan juga cuba kita bayangkan, kita akan meletakkan Malaysia dalam keadaan yang huru-hara.

“Setiap orang boleh bercakap apa yang mereka mahu dan tentu hubungan kaum di Malaysia antara orang Cina, Melayu dan India akan terjejas,” katanya dalam sidang media itu.

Ibrahim yang juga Presiden PERKASA berkata BPN juga sudah membuat keputusan untuk melancarkan kempen tandatangan mempertahankan Akta Hasutan 1948 pada 18 Oktober depan.

“Ketika pelancaran ini, kita akan bawa tokoh-tokoh penting yang telah menyatakan tidak puas hati dan mahu mengekalkan akta hasutan khususnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

PCHasutan_2

“Kita juga akan jemput bekas-bekas Ketua Polis Negara, bekas-bekas Panglima Angkatan Tentera yang bersara, walaupun bersara mereka merupakan antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara,” katanya.

Kempen mempertahankan Akta Hasutan katanya, bukanlah satu agenda untuk membela orang Melayu semata-mata tetapi ia merupakan satu agenda berkaitan keselamatan dan kestabilan negara.


“Dalam konteks perpaduan nasional, elemen keselamatan merupakan tunjang yang paling asas,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang menyokong mempertahankan akta itu akan menurunkan tandatangan ke atas satu borang bersama nombor Mykad mereka serta nombor telefon.

Ibrahim berkata ia sebagai menunjukkan betapam seriusnya kempen berkenaan dan bukan setakat sesiapa sahaja bolen menandatanganinya sekadar suka-suka.

Terdahulu, satu mesyuarat tergempar diadakan BPN membincangkan berkenaan akta itu diadakan dihadiri oleh pelbagai NGO Melayu antaranya Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dua NGO bukan Melayu yang turut serta memberikan sokongan ialah Persatuan Cina Era Baru Malaysia (PERCISMA) diwakili Presidennya Choy Chee Wai dan Pertubuhan Kebajikan Dan Amal India Baru Malaysia (PERINNBAM) diwakil Setiausaha Agungnya S Kuberan.

“Dua NGO bukan Melayu bersama dengan NGO-NGO Melayu kata sepakat untuk tampil ke hadapan mempertahan dan mendesak kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948,” katanya dalam sidang media berkenaan.

Beliau berkata pada mesyuarat itu, satu taklimat khas turut diberikan oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Tan Sri Mohd Zaman Khan berkenaan betapa pentingnya akta berkenaan dikekalkan.

Ibrahim berkata akta berkenaan selain perlu dipertahankan tetapi ia juga akan dicadangkan untuk dibuat penambahbaikan dengan menambah perkara berkaitan agama Islam.

“Selain dikekalkan, perlu dibuat penambahbaikan untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (Agama Islam) ke dalam Seksyen 3(1)(f) di dalam Akta Hasutan 1948,” katanya.

Berkenaan kempen tandatangan itu, Ibrahim berkata tiada sasaran jumlah tertentu ditetapkan tetapi mereka berharap untuk mengumpulkan tandatangan seramai mungkin. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...