Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Ciri Baharu Aplikasi MySejahtera

PUTRAJAYA - Ibu hamil dan menyusukan anak kini boleh memaklumkan keadaan mereka melalui...

Kutipan Tol Di LPT2...

PUTRAJAYA - Kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dibuka kepada...

4 Doktor, 2 Lelaki...

GEORGE TOWN - Empat doktor dan dua lelaki yang bertindak sebagai 'runner' hari...

Pengurusan Genting Tak ‘Sorok’...

BENTONG - Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kira-kira 1,500 pekerja di...

Azmin Tak Tergesa-Gesa Lantik Timbalan Speaker

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan satu perkara yang perlu dibincangkan segera pada masa ini.

“Ia akan dibincangkan apabila DUN bersidang pada November,” katanya kepada pemberita di Dewan Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Isnin.

Azmin ditanya sama ada PAS, yang wakilnya dalam exco negeri dikurangkan daripada empat kepada tiga dalam pentadbiran beliau, akan menerima jawatan Timbalan Speaker itu.

Kerusi PAS telah diberikan kepada PKR, yang kini mempunyai empat kerusi dalam 10 anggota exco negeri. DAP kekal dengan tiga kerusi.

Jawatan Timbalan Speaker telah diperuntukkan kepada PKR dalam pentadbiran menteri besar sebelumnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Walau bagaimanapun, PAS dilaporkan telah menunjukkan kemungkinan tidak menerima tawaran itu.


Dalam posting Facebook pada malam Sabtu, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, mereka masih tidak pasti sama ada parti akan menerima jawatan itu.

Beliau berkata ini berdasarkan kepada mesyuarat awal dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas wakil-wakil PAS dan yang baharu dilantik dalam barisan exco.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber-sumber yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat berkata Azmin berminat mengambil alih portfolio exco yang melibatkan hal ehwal Islam, pelaburan dan majlis-majlis tempatan.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai portfolio barisan exco beliau yang tersebar dan berkata ia akan diumumkan pada Rabu.

“Saya perlu melihat dengan teliti bagaimana saya boleh menggabungkan beberapa portfolio bersama-sama kerana ia melibatkan banyak bidang,” kata beliau sambil menambah beberapa ahli exco mungkin memegang beberapa portfolio. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori