Sample Page Title

PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi sekali lagi mempertaikaikan isu nepotisme menerusi status terbaru Facebooknya dengan mengaitkan kejadian yang pernah menimpa menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Ir Ariffahmi Ab Rahman.

Dalam status itu, Ahli Parlimen Temerloh menggunakan su pelantikan Ir Ariffahmi yang pernah dikritik apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada 2009.

Status berhubung nepotisme itu adalah yang kedua selepas beliau mengkritik tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba melantik isterinya sebagai menteri besar Selangor baharu.

“Sewaktu Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, Ariffahmi pernah dikritik hebat apabila dilantik sebagai CEO PMBK. Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS pusat telah menasihati kerajaan negeri Kelantan dan Ariffahmi akur dan mengundurkan diri.

“Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini.

“… atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu Nik Aziz, tidak kepada yang lain?,” katanya.

Bersama status tersebut Nasrudin turut menyediakan sambungan berkenaan sidang media Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang pernah mempertikai isu nepotisme dalam PKR.


Pada Jumaat, Nasrudin turut memuat naik status menyindir Anwar kerana mencalonkan isterinya yang juga Presiden PKR sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.

Ia berikutan kenyataan Anwar pada Khamis yang berkeras untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar Selangor dan keputusan itu adalah muktamad.

Justeru, beliau mahu semua pihak, termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

Rabu lalu, pihak istana meminta parti-parti pakatan rakyat untuk mengemukakan lebih dari dua calon menteri besar untuk dipertimbangkan sebelum atau pada 3 September ini.

Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas akan hanya menyokong Wan Azizah untuk jawatan itu itu. – The Star Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...