Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Panik Tertembak Anu Sendiri...

MIAMI - Seorang lelaki cedera selepas tertembak kemaluannya sendiri apabila duduk di atas...

2,033 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 2,033 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,534,665.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Agong Ke-16: Singapura, Russia...

SINGAPURA - Pemimpin Singapura mengucapkan tahniah kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

Bambu Anak Kerbau +...

FIZIKAL seperti kerbau, tetapi mata, kuku dan bulunya bercirikan lembu demikian sebahagian ciri...

Wanita Jatuh Tersembam Diserang Lelaki Tak Dikenali

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen kereta api di Berlin, German merakam nasib malang seorang wanita ditendang semasa menuruni tangga hingga tersembam ke lantai.

Menerusi CCTV itu, mangsa yang memakai pakaian serba hitam dihampiri oleh seorang lelaki yang tidak dikenali memegang minuman beralkohol dan rokok dari arah belakang.

Suspek yang berpakaian jaket kulit dan berseluar jeans kemudiannya menendang wanita itu di bahagian belakang, menyebabkan mangsa terjatuh dari anak tangga sebelum berlalu pergi.

Wanita Jatuh Tersembam Diserang Lelaki Tak Dikenali

Wanita Jatuh Tersembam Diserang Lelaki Tak Dikenali

Difahamkan suspek tidak keseorangan tetapi terdapat tiga lagi rakan lain yang turut menyaksikan kejadian itu sambil mentertawakan mangsa yang jatuh tersungkur ke lantai.


Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera membantu wanita malang itu sebelum dia dibawa ke hospital.

Baca: Video: Lelaki ‘Gila’ Suka Hati Tendang Wanita Tak Dikenali

Pihak polis sedang menyiasat rakaman berkenaan, dan mangsa dikatakan berusia 26 tahun sudi membantu siasatan bagi mencari suspek dalam kejadian yang berlaku pada tengah malam 27 Oktober itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori