Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bimbang Rakyat Marah Gagal...

KECOH dikutuk rakyat kecewa banyak janji manis manifesto Pakatan Harapan (PH) gagal ditunai...

Remaja 18 Tahun Ajak...

PELAKON Fasha Sandha pada Jumaat berkongsi komen seorang pengikutnya yang secara terbuka meluahkan...

Buat Aksi ‘wheelie’ Di...

KUALA TERENGGANU : Tindakan seorang mat rempit dari Kelantan melakukan aksi wheelie secara...

7 Ditahan Dalam Kes...

KANGAR - Tujuh individu termasuk seorang wanita Vietnam ditahan dalam tiga...

Polis Mengaku Tidak Bersalah Sokong Pengganas Daesh

KUALA LUMPUR – Seorang Lans Koperal polis dihadapkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tiga pertuduhan membabitkan perbuatan pengganas Daesh.

Mustaza Abdul Rahman, 29, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan yang kemudiannya menetapkan 25 dan 27 Jan depan untuk perbicaraan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 10 saksi.

Tertuduh yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan.

Perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi dan boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram dalam kumpulan perbualan ‘amanah’ dalam telefon bimbitnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, Mustaza didakwa dengan sengaja tidak memberi apa-apa maklumat berkenaan dengan kesalahan-kesalahan berkaitan pengganas mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau dengan denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan cara melakukan sumpah setia (berbai’ah) melalui aplikasi Telegram dalam kumpulan perbualan ‘gagak hitam’ dalam telefon bimbitnya (tertuduh).

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Mustaza yang diwakili peguam Faizal Rahman didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di blok Perumahan Polis IPD Kuala Muda antara 30 Mac hingga 29 Julai 2016. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori