Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Video: Kemalangan Motosikal ‘Hantu’...

BOLEHKAH anda meneka dari mana datangnya pembonceng motosikal dalam video ini? Menerusi video yang...

Sri Lanka Berminat Pelajari...

KUALA LUMPUR - Sri Lanka berminat mempelajari kepakaran Malaysia dalam bidang pensijilan halal...

Tidak Perlu Sedia Penginapan...

SEPANG - Lembaga Tabung Haji (TH) menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan pihaknya...

Pekerja Wanita Parah Tangan...

TAIPING - Pergelangan tangan kanan seorang pekerja wanita hancur akibat tersepit pada mesin...

Panik Tertembak Anu Sendiri Dalam Kereta

MIAMI – Seorang lelaki cedera selepas tertembak kemaluannya sendiri apabila duduk di atas senjata api yang diletakkan di tempat duduk pemandu keretanya di Florida, Amerika Syarikat, Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, polis Jacksonville berkata, Cedrick Jelks, 38, tidak menyedari pistol berkenaan berada di kerusi pemandu ketika memasuki keretanya.

Menurut akhbar The Florida Times-Union, Jelks dibawa ke Hospital Memorial oleh teman wanitanya, Shanekia Roberts, 25.

Katanya, selepas terkena tembakan, Jelks dalam keadaan panik memasuki rumahnya dan terus berlari ke bilik air.

Roberts yang mengikuti Jelks ke bilik air mendapat tahu keadaannya dan terus membawa Jelks ke sebuah hospital di mana dia menjalani pembedahan.


Sementara itu, menurut harian Miami Herald, Jelks mungkin menghadapi tuduhan memiliki senjata api kerana dia bekas banduan.

Polis mendapati Jelks pernah didakwa memiliki dadah kokain pada 2004. – Agensi/myMetro Online

Kategori