• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Ke-16: Singapura, Russia Ucap Tahniah

oleh
31/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pemimpin Singapura mengucapkan tahniah kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang mengangkat sumpah hari ini sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Presiden Halimah Yacob, dalam perutusan tahniah berkata: “Bagi pihak rakyat Republik Singapura, saya ingin memanjangkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka pada istiadat yang gemilang di atas perisytiharan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Seri Paduka begitu dihormati ramai atas kemurahan hati dan mengambil berat kebajikan rakyat Malaysia dari semua peringkat kehidupan. Saya yakin di bawah pemerintahan Seri Paduka, Malaysia akan terus menikmati kemakmuran dan kemajuan,” katanya.

Halimah berkata Malaysia dan Singapura menikmati sejarah persahabatan dan kerjasama yang lama hasil ikatan yang kukuh antara rakyatnya.

“Saya mengalu-alukan kerjasama erat dengan Seri Paduka bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Suami dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan,” katanya.

Al-Sultan Abdullah, 59, melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru pada satu istiadat penuh tradisional di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Seri Paduka dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 251 (Khas) di Istana Negara pada 24 Januari lalu bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dalam perutusan tahniah berkata:

“Bagi pihak Kerajaan Singapura, saya ingin memanjangkan ucapan tahniah tidak terhingga kepada Seri Paduka yang melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16.

“Dengan kebijaksanaan dan rahmat Seri Paduka, saya yakin Malaysia akan terus lebih maju dan berjaya.”

Hsien Loong menyatakan bahawa Malaysia dan Singapura berkongsi sejarah lama lagi unik yang dibina atas hubungan erat antara rakyat serta kerjasama bagi faedah bersama dalam banyak sektor.

“Kita juga bekerjasama baik pada peringkat serantau dan antarabangsa. Saya yakin hubungan dua hala ini akan diperkukuhkan lagi di bawah pemerintahan Seri Paduka.

“Ho Ching dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan salam hormat dan maju jaya kepada Seri Paduka dan ​​​​​​​Raja Permaisuri Agong,” katanya.

Sementara itu, Presiden Russia, Vladimir Putin, mengutus ucapan tahniah menerusi telegram kepada Al-Sultan Abdullah yang mengangkat sumpah hari ini sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang baharu.

Dalam perutusan yang dihantar dalam Malaysia Facebook, Kedutaan Russia di Kuala Lumpur, Putin menyatakan mengenai hubungan persahabatan semula jadi yang sedia terjalin antara Russia dan Malaysia serta berharap hubungan dua hala serta kerjasama antara kedua-dua negara terus dipertingkatkan semasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong.

Presiden Russia itu juga berharap keselamatan dan kestabilan di Asia Pasifik akan terus diperkukuhkan.

“Vladimir Putin turut berharap Seri Paduka sentiasa dipelihara kesihatan dan berjaya, serta mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong ke-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pameran Raja Kita’ Pertama Ketika Pertabalan Ayahanda Al-Sultan Abdullah

05/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pameran Raja Kita yang padat dengan maklumat, sejarah dan peranan Institusi Yang di-Pertuan Agong cukup signifikan dengan...

Agong Terima Kejutan Hari Keputeraan Di Istana Negara

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam ini sebagai kejutan bagi meraikan Hari Keputeraan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd