• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Indonesia Hina Polis, Tentera Ditahan

oleh
09/04/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTING – Seorang wanita warga Indonesia ditahan polis kerana memuat naik status menjelikkan terhadap petugas keselamatan yang menjalankan penugasan Op Covid-19 di kediamannya di Taman Delima di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, tangkapan dibuat sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira jam 7.30 petang.

“Wanita berusia 25 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat seorang pengadu yang memaklumkan menerima maklumat menerusi aplikasi WhatsApp daripada kenalannya.

“Kenalan pengadu memberitahu ada status bergambar yang dimuat naik dari Facebook pemilik bernama ‘Jhuminten Kui Cah’e Koplak’,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azizan berkata, turut ditahan adalah suami kepada wanita terbabit yang juga warga Indonesia.

“Semakan mendapati kedua-dua mereka berada di Malaysia secara tidak sah apabila melanggari Akta Imigresen 1959/63.

“Polis merampas telefon bimbit milik wanita terbabit untuk siasatan dan mereka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, status dimuat naik wanita terbabit tular di media sosial dengan kenyataan menjelikkan dalam dialek Indonesia ketika polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan tugas pemeriksaan Op Covid-19 di Jalan Bunga Pekan, Banting.

Antara perkataan jelik itu adalah ‘asu’ yang membawa maksud anjing. – Sinar Harian

Tags: Op Covid-19polisstatus jelikTenterawarga indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd