• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ugut Bunuh, Jolok Pemutar Skru Dalam Mulut Isteri

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh isterinya dengan mengacu sebilah pisau dan menjolok pemutar skru ke dalam mulut wanita itu.

M. David Desan, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mabel S. Muttiah.

Lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap V. Eswari, 30, dengan niat ingin mendatangkan kegentaran kepadanya dengan mengacu sebilah pisau untuk membunuhnya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

David juga dituduh menjolok mulut isterinya menggunakan pemutar skru mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kedua-kedua kesalahan itu di sebuah unit rumah pangsa di Bandar Bukit Puchong, Puchong, pada 11.30 malam, 7 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Zulkifli tidak menawarkan jaminan manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan berhubung jaminan dan mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin serta menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: isteripengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kru Warga China Selenggara Kapal Tercampak Ke Laut

Next Post

Berita Palsu TMJ Belanja: Elak Percaya Info Tular

Related Posts

‘Wanita Jepun Yang Maut Terjatuh Bangunan Adalah Isteri Ridz Okumura’ – Polis

‘Wanita Jepun Yang Maut Terjatuh Bangunan Adalah Isteri Ridz Okumura’ – Polis

04/03/2025
1

SHAH ALAM: Polis mengesahkan wanita warga Jepun yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya pada...

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

17/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah...

Next Post

Berita Palsu TMJ Belanja: Elak Percaya Info Tular

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd