Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Suami Tak Angkat Call,...

BANGKOK - Tindakan seorang ibu berusia 28 tahun menggantung leher bayinya yang berusia...

PRN Sabah: Pengundi Minta...

KOTA KINABALU - Tabiat suka melompat parti yang diamalkan sesetengah ahli politik selepas mereka dipilih sebagai wakil...

Bintang Fault In Our...

PELAKON yang popular menerusi filem The Fault In Our Stars, Ansel Elgort kini...

Bayi Hidap Penyakit Epidermolysis...

Tiada ada yang lebih sedih dan memilukan apabila melihat anak yang dikandung selama...

Berita Palsu TMJ Belanja: Elak Percaya Info Tular

JOHOR BAHRU – Orang ramai dinasihati agar menyemak kesahihan berita yang diterima serta tidak mudah percaya dengan apa-apa berita di media sosial tanpa merujuk kesahihan berita itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata ia adalah ekoran penyebaran mesej palsu yang dikaitkan dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.

Semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian telah menerima makluman berkenaan kehadiran orang ramai dalam jumlah yang banyak di pasar raya Econsave Pontian susulan tersebarnya mesej yang mendakwa Tunku Mahkota Johor akan hadir memberi bantuan RM200 bagi membeli barang keperluan harian di situ.

“Hasil siasatan mendapati mesej tersebut adalah palsu. Penyebaran mesej seumpama itu juga dikesan di beberapa lokasi lain di sekitar Johor,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata penyebaran berita-berita, mesej-mesej atau maklumat palsu boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.


Siasatan juga boleh dijalankan di bawah Seksyen 4 Akta Antiberita Tidak Benar 2019 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, dan dalam satu hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas pensabitan.

Mohd Khalil berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, pengendali media sosial atau portal berita yang menulis dan mengeluarkan sebarang artikel atau kenyataan yang palsu, menyakitkan hati, menjelikkan atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

“Tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan media sosial dan pendakwaan mengikut undang-undang akan dikenakan terhadap individu-individu ini,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori