• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM

oleh Mohd Arshad
17/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengawal Keselamatan Ditahan, Kes Surat Palsu Guna Nama TPM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan ditahan berkaitan penyebaran surat palsu yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Kontinjen Sarawak di Samarahan, Sarawak, pada Sabtu.

“Tangkapan itu dibuat susulan laporan polis dibuat seorang lelaki mendakwa menerima tawaran kerja daripada suspek sebagai pegawai setiausaha pejabat di pejabat Tiimbalan Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Razarudin berkata, pengadu mendakwa mengenali suspek pada Julai lalu dan suspek telah meyakinkannya bahawa dia adalah pengiring rapat kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Pengadu berasa yakin dan percaya lalu menyerahkan dokumen peribadi sebelum suspek menyerahkan kepadanya surat iaitu pelantikan sebagai pegawai setiausaha pejabat dan permohonan kuarters kerajaan,” katanya.

Menurutnya, hasil semakan dengan rakan kakak pengadu mengesahkan bahawa bahawa kedua-dua surat tersebut adalah tidak wujud.

“Pengadu bertindak membuat laporan polis kerana rasa tertipu serta takut dokumen yang pengadu telah berikan kepada suspek disalahgunakan dengan tujuan yang menyalahi undang-undang.

“Susulan itu kita telah menahan suspek pada jam 12.45 tengah hari di Pejabat Daerah Samarahan, polis turut merampas dua unit telefon bimbit,” katanya.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, siasatan mendapati suspek yang bekerja di Pejabat Daerah Samarahan sejak 2018 telah menawarkan pelbagai jenis pekerjaan dengan kerajaan Persekutuan kepada beberapa orang rakan-rakan termasuk pengadu pada hujung Oktober.

“Suspek mengaku membuat tawaran tersebut dan ia (tawaran pekerjaan) tidak wujud. Suspek juga mengatakan dia membuat tawaran ini kerana ingin perhatian daripada rakan-rakan bahawa mempunyai kenalan orang atasan dan boleh membantu mereka,” katanya.

Razarudin berkata, suspek juga mengatakan tidak menyalahgunakan butiran peribadi yang diterima dan tiada meminta apa-apa ganjaran daripada rakan-rakannya.

“Tujuan suspek bertindak sedemikian kerana dia suka apabila dilayan oleh rakan-rakannya sebagai orang penting.

“Dia (suspek) menyatakan telah musnahkan surat-surat tawaran kerja palsu yang dia berikan kepada rakan-rakan nya termasuk pengadu mengunakan mesin pencincang kertas di Pejabat Daerah Samarahan,” katanya.

Beliau berkata, semakan terhadap telefon bimbit yang dirampas turut terdapat perbualan antara suspek dan pengadu berkenaan kes itu

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 akta sama,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan laporan polis dibuat selepas seorang kakitangan awam memaklumkan kepada Fadillah menerusi WhatsApp selepas terbaca dua surat berkepala rasmi Jabatan Perdana Menteri di pejabat agensi kerajaan di Kuching, Sarawak, Selasa lalu.

Surat berkenaan memetik nama Fadillah namun tiada tandatangannya dan menawarkan pelbagai jawatan serta kelulusan kuarters kerajaan yang disebarkan individu yang menyamar sebagai pegawai kepada Fadillah.

Berikutan itu, pada Khamis, Fadillah dalam satu kenyataan menafikan pihaknya mengeluarkan surat pelantikan individu sebagai pegawai di pejabatnya.

SinarHarian-

Tags: kes surat palsupengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas Dikhuatiri Lemas Ketika Keluar Beli Makanan

Next Post

Ke Manakah Hilang Ahli Perniagaan Melayu Yang Berjaya?

Related Posts

‘Mini Dhaka’ Di Klang Pula Digempur

Pengawal Keselamatan Disyaki Cabul Murid Tahun Satu Ditahan

01/02/2024
0

TELUK INTAN: Polis menahan pengawal keselamatan kerana disyaki mencabul murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah rendah, di sini, semalam. IKUTI...

Pengawal Keselamatan Didakwa Rogol Kekasih Bawah Umur

Pengawal Keselamatan Didakwa Rogol Kekasih Bawah Umur

11/01/2024
0

KOTA BHARU - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas tuduhan merogol kekasih bawah umur,...

Next Post
Ke Manakah Hilang Ahli Perniagaan Melayu Yang Berjaya?

Ke Manakah Hilang Ahli Perniagaan Melayu Yang Berjaya?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd