Tutup Sementara Ibu Pejabat, Bangunan Lama MCMC Cyberjaya

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat dan Bangunan Lama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari ini dan esok.

MCMC dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabat MCMC juga akan digantung buat sementara waktu bermula dari semalam hingga Ahad, 8 Mac.

Jelas kenyataan itu, tindakan penutupan dan penggantungan sementara itu diambil sebagai langkah proaktif ekoran penularan wabak COVID-19 dan ia mencerminkan keprihatinan MCMC terhadap keselamatan serta kesihatan semua pihak.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh membuat urusan permohonan dan pembayaran penguntukan radas melalui saluran-saluran seperti di bawah: 

  • a. Permohonan penguntukan radas:

i. Permohonan boleh dikemukakan secara elektronik melalui https://espectra.mcmc.gov.my/; atau

ii. Bagi pemohon baharu, salinan scan copy borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui e-mel kepada espectra.support@mcmc.gov.my

Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkenaan permohonan penguntukan radas atau permohonan lesen boleh dikemukakan kepada:

i. Penguntukan radas: : espectra.support@mcmc.gov.my

ii. Pelesenan: licensing@mcmc.gov.my 

Sementara itu, suruhanjaya itu juga menjelaskan, operasi MCMC yang lain berjalan seperti biasa dengan kakitangannya bekerja dari rumah.

Loading...