• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Ismail Mahu Kerjasama Johor, Indonesia Diperkukuh

oleh
22/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu kerjasama Johor dan Indonesia terus diperkukuhkan dalam pelbagai bidang khususnya dalam perdagangan dan pelaburan selepas tempoh pasca pandemik Covid-19 kelak.

Seruan itu dinyatakan Tunku Ismail ketika berkenan menerima menghadap delegasi Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru di sini pada 12 Mei lepas.

Konsul Jeneral KJRI Johor Bahru Sunarko berkata, kerjasama itu penting bagi membawa kesejahteraan kepada rakyat Johor dan republik itu.

“Dalam pertemuan itu, saya melaporkan keadaan kerjasama antara kedua-dua pihak dan baginda menyatakan keperluan untuk terus meningkatkan kerjasama. Kita serumpun, jadi situasi pandemik tidak sepatutnya mengurangkan hubungan baik antara kedua-duanya,” katanya.

Selain itu, sektor lain yang turut ditekankan dalam pertemuan itu ialah hubungan rakyat kepada rakyat.

Sebelum ini, KJRI melalui Konsul Hal Ehwal Ekonominya, S.= Ari Wardhana dilaporkan berkata, Johor memiliki ruang dan peluang yang luas untuk meningkatkan lagi nilai dagangan dengan Indonesia khususnya di Kepulauan Riau.

Ini susulan lokasi strategik Johor dalam kawasan Segitiga Pertumbuhan Singapura-Johor-Riau (SIJORI), yang mana Riau merupakan antara 15 Zon Ekonomi Khas Indonesia.

Mengikut rekod KJRI, SIJORI secara tidak langsung telah membantu Johor menerima pelaburan dalam sektor pembuatan bernilai hampir RM8.5 bilion dalam tempoh antara 2013 hingga 2019, sekali gus menandakan terdapat banyak lagi peluang kerjasama ekonomi yang boleh diterokai pada masa depan.

Selain KJRI, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad pernah menyatakan minat untuk mengaktifkan semula kerjasama semua pihak dalam SIJORI yang diwujudkan sejak 1993. – BERNAMA

Tags: IndonesiaJohorTMJTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akhirnya Dijual Juga Celcom

Next Post

Imuniti Kelompok Strategi Penyelamat Kekang Covid-19

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Next Post

Imuniti Kelompok Strategi Penyelamat Kekang Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd