• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

oleh Mohd Arshad
16/05/2025
dalam Terkini
0
Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa besar baharu dalam ekonomi negara.

Baginda bertitah, kejayaan itu hasil pelaksanaan beberapa inisiatif utama, termasuk Zon Ekonomi Khas Johor (JS-SEZ), yang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM27 bilion bagi suku pertama tahun ini.

“Saya ingin menzahirkan rasa gembira melihat pencapaian ini dan rasa bangga apabila Johor kini dikatakan sebagai sebuah negeri yang muncul sebagai kuasa besar baharu dalam ekonomi Malaysia.

“Saya percaya dengan tren pertumbuhan ekonomi negeri Johor ketika ini, rakyat akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa depan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pembukaan Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, pada Jumaat.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah, hasil negeri Johor bagi tahun lalu mencatatkan nilai positif berjumlah RM2.1 bilion.

Titah baginda, momentum itu diteruskan pada suku pertama tahun ini apabila hasil negeri mencatatkan RM598 juta iaitu 29.84 peratus lebih tinggi berbanding anggaran ditetapkan kerajaan negeri.

“Pada April 2025 pula, menerusi sokongan dan kerjasama padu antara kerajaan negeri dan semua pihak, terdapat projek-projek baharu bernilai RM23 bilion yang sedang dalam perancangan,” titahnya.

SinarHarian-

Tags: Johorkuasa ekonomi baharu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd