• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduh KPN Menipu, Polis Rekod Keterangan Lokman Adam

oleh
26/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hadir ke Bukit Aman untuk direkod keterangan susulan dakwaannya yang menuduh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menipu berkenaan siasatan kes penyebaran video intim membabitkan seorang menteri Kabinet.

Lokman ketika ditemui pemberita berkata, beliau tetap dengan dakwaannya bahawa Ketua Polis Negara tidak bercakap benar.

“Beliau (Abdul Hamid) tidak layak menjadi Ketua Polis Negara kerana tidak berkata benar tentang dapatan forensik CyberSecurity.

“Berlaku penyembunyian hasil dapatan contoh DNA daripada tilam tersebut. Banyak benda boleh diekstrak sebagai asid deoksiribonukleik (DNA) seperti peluh, kuku dan bulu roma,” dakwanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Bukit Aman di sini hari ini.

Lokman sebelum ini mencabar Abdul Hamid mengambil tindakan ke atas bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana membuat laporan palsu.

Katanya, gesaan itu susulan kenyataan akhbar Abdul Hamid sebelum ini yang mengesahkan pelaku dalam video intim mengaitkan Haziq dengan seorang menteri kanan Kabinet adalah negatif.

“Maknanya Haziq sebelum ini memberi keterangan palsu dan saya cabar Ketua Polis Negara untuk ambil tindakan ke atas Haziq kerana memfitnah seorang menteri kanan,” dakwa Lokman sebelum ini.

Pada 18 Julai lalu, Abdul Hamid mengesahkan kebarangkalian video intim tersebut tulen adalah tinggi, namun hasil analisis menerusi proses pengecaman wajah adalah negatif dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dikaitkan. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hamid BadorHaziq AzizLokman Noor AdamSeks Luar Tabiivideo lucah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Leman Raja Lawak Kena Dakwa Lagi

Next Post

Tuduh KPN Penipu: Lokman Adam Sedia Didakwa

Related Posts

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

06/05/2024
0

Langkawi : Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan...

Sultan Brunei Berkenaan Sertai Solat Jenazah Abdul Taib

Bekas Mudir Tidak Mengaku Lakukan Seks Luar Tabii

22/02/2024
0

BUTTERWORTH - Bekas mudir sebuah sekolah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan seks luar...

Next Post

Tuduh KPN Penipu: Lokman Adam Sedia Didakwa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd