• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

oleh AK-47
06/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah
Share on FacebookShare on Twitter

Langkawi : Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah dalam komputer riba, Februari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, David Matthew Frahm, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah di dalam komputer riba di sebuah kediaman di Chogm Villa, Jalan Seri Legenda, di sini, jam 7.10 malam pada 15 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Cheow Wee dan Alvin Lau.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Mei depan untuk mitigasi kes dan keputusan hukuman.

Sebelum ini, tertuduh sama turut berhadapan pendakwaan atas kesalahan tinggal melebihi masa ditetapkan apabila tinggal di negara ini selama 1,380 hari.

-Harian Metro

Tags: Pornografi Kanak-Kanakvideo lucahwarga as
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keluarga Teman Lelaki Bella Mahu Ambil Tindakan Mahkamah

Next Post

Dakwaan Bina Kasino Di Forest City: Polis Akan Panggil Beberapa Individu Lagi

Related Posts

Warga AS Dituduh Hasilkan Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak

Warga AS Dituduh Hasilkan Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak

05/03/2024
0

Langkawi : Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menghasilkan bahan...

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

31/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Enam wanita termasuk seorang akauntan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki video lucah...

Next Post
Dakwaan Bina Kasino Di Forest City: Polis Akan Panggil Beberapa Individu Lagi

Dakwaan Bina Kasino Di Forest City: Polis Akan Panggil Beberapa Individu Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd