• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan PKPD Seluruh Tawau, Lahad Datu

oleh
18/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiada keperluan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Tawau dan Lahad Datu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekiranya PKPD dilaksanakan sekalipun, ia akan dilakukan secara bersasar iaitu berdasarkan lokaliti terlibat penularan COVID-19.

“Dahulu mungkin jika ada beberapa kes di Sabah, kita tutup seluruh Sabah, jika kes berlaku di Tawau kita tutup seluruh daerah, namun kini ia tidak adil kerana kita tidak ada kes COVID-19 di Kota Kinabalu dan Sepanggar, jadi takkan kita nak buat lockdown juga.

“Kini kita fokus kepada lokaliti terlibat, contohnya jika kes COVID-19 di penjara Tawau, kita laksana PKPD di lokaliti berkenaan sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia peringkat Sabah kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau perkembangan kes di Tawau serta Lahad Datu dan sekiranya situasi meruncing di beberapa kampung, PKPD bersasar akan dilaksanakan seperti di Kedah ketika pengawalan kluster Sivagangga.

KKM, katanya, melakukan saringan setiap hari dan keputusan juga diperoleh setiap hari yang menyebabkan jangkitan kes COVID-19 di kawasan itu kelihatan banyak.

“KKM dah kenal pasti mana-mana individu yang positif COVID-19 termasuk kontak rapat mereka serta sudah mengesan lokaliti bagi tujuan saringan dilaksanakan.

“Mana-mana individu yang dikesan positif COVID-19 akan dibawa terus ke pusat rawatan,” katanya.

Ismail Sabri berkata menerusi nasihat KKM, kawasan zon hijau dan kuning juga sentiasa dipantau dan tindakan sewajarnya akan segera diambil sekiranya bertukar menjadi zon merah.

Bermula dengan Kluster Benteng LD yang diumumkan pada 1 Sept, tiga lagi kluster di Lahad Datu dan Tawau ialah Kluster Laut (Kunak, Sabah), Kluster Pulau (Kunak, Sabah) dan terbaharu Kluster Selamat (Semporna, Sabah). – BERNAMA

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakanSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aktiviti Berbasikal Di Lebuh Raya Adalah Dilarang – PDRM

Next Post

95 Kes Baharu Covid-19, 1 Kematian Hari Ini

Related Posts

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

Kejayaan Tangkis Tuntutan Asing Ke Atas Sabah Bukti Kedaulatan Negeri Kekal Utuh – Hajiji

21/06/2025
0

KOTA KINABALU: Kejayaan menangkis tuntutan asing ke atas Sabah membuktikan kedaulatan negeri ini kekal utuh di bawah Persekutuan Malaysia, sekali...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Next Post

95 Kes Baharu Covid-19, 1 Kematian Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd