• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95 Kes Baharu Covid-19, 1 Kematian Hari Ini

oleh
18/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kes positif koronavirus (Covid-19) di Sabah terus melonjak dengan 90 daripada 95 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, 90 penularan dalam negara di Sabah itu membabitkan 68 rakyat tempatan dan 23 warga asing.

“Sebanyak 76 kes dikesan dalam saringan Kluster Benteng LD termasuk 20 warga asing. KKM turut mengesan empat kes daripada Kluster Pulau dan tiga kes dari kalangan Kluster Selamat.

“Sebanyak tiga kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) dikesan di Hospital Lahad Datu dan dua kes bergejala yang dimasukkan ke Hospital Tawau serta kes saringan Kluster Bunga di Negeri Sembilan. Turut dikesan positif adalah satu kes saringan kematian di Hospital Semporna yang melibatkan warga asing iaitu kes ke-10,145. Kes ini juga merupakan kes kematian Covid-19 ke-129,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes kematian itu, Dr Noor Hisham berkata, ia membabitkan wanita warga Filipina yang mula bergejala pada 14 September lalu.

“Dia mengalami batuk dan sesak nafas sebelum mendapatkan rawatan di pusat perubatan dan dirujuk ke Hospital Semporna. Bagaimanapun wanita berkenaan tidak pergi ke Hospital Semporna berikutan kekangan yang dihadapi.

“Dia ditemui tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Semporna, Sabah sebelum disahkan meninggal dunia pada hari sama,” katanya.

Menurutnya, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 10,147 kes dengan 754 kes aktif.

Jumlah kes kematian Covid-19 juga meningkat kepada 129 kes.

Sehingga kini, terdapat 11 kes positif Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, 14 kes disahkan pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Jumlah kes pulih adalah 9,264 kes iaitu bersamaan dengan 91.3 peratus daripada keseluruhan kes. – Sinar Harian

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd