Tawaran Menarik Kong Mee Sempena Merdeka

HEBAT… Syarikat kelengkapan dapur dan bilik air terkenal, Kong Mee Home Gallery Sdn. Bhd. (KMHG) bakal ada jualan hebat sempena sambutan merdeka dengan tawaran diskaun hingga 70%.

KMHG memang terkenal reputasinya menerusi servis perundingan pelanggan dengan memberikan nasihat dan idea kepada pembeli sebelum mengesyorkan barangan kualiti terbaik mengikut bajet dan kesesuaian mereka.

Menerusi Kong Mee Merdeka Sales yang bakal diadakan dari 23 hingga 26 Ogos depan ini menyaksikan tawaran menarik menanti pelanggan yang berkunjung ke kedai mereka di Puchong Jaya Industrial Park, Selangor.

Sesuai dengan suasana perayaan Hari Kebangsaan tidak lama lagi, KMHG menjanjikan perundingan terbaik kepada pelanggan yang ingin melakukan pengubahsuaian dapur dan bilik air menerusi tawaran Kong Mee Merdeka Sale.

Bukan itu sahaja, jualan ini akan turut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik bagi meraikan pelanggan yang hadir menerusi penawaran hadiah istimewa kepada sesiapa yang membeli pelbagai barangan mereka.

Selain itu, kesemua pelanggan yang mempunyai resit pembelian ketika jualan istimewa ini layak menyertai cabutan bertuah bagi mendapatkan hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM1,000 disediakan pihak KMHG.

Istimewa bagi pembaca portal Mynewshub, KMHG turut menyertakan satu kupon yang melayakkan pelanggan menyertai cabutan bertuah pada hari itu nanti.

Anda hanya perlu tangkap layar (screenshot) gambar di bawah ini dan secara automatik layak menyertai cabutan bertuah di mana hadiah utamanya merupakan sebuah dapur masak berjenama Elba.

Menurut Pengarah KMHG, Wong Soon Cheong, keistimewaan syarikatnya terletak pada rundingan profesional yang diberikan oleh staf KMHG dan sedia melayan sebarang pertanyaan pelanggan dalam setiap aspek.

Ujarnya, perkara itu menjadi penyebab para pelanggan yang hadir ke kedai mereka pulang ke rumah dengan puas hati setelah mendapat banyak informasi lengkap mengenai urusan pengubahsuaian yang ingin dilakukan.

Pengarah KMHG, Wong Soon Cheon

“Tempat-tempat lain juga memang ada jual barangan yang sama seperti kami, tapi jika ditanya banyak sikit soalan, mereka tak nak layan.

“Kebanyakan pelanggan yang datang ke sini adalah disebabkan servis rundingan yang ditawarkan pihak kami.

“Kami memberikan maklumat yang profesional dan idea menarik kepada mereka. Selain itu, produk kami berkualiti tinggi tetapi harga yang ditawarkan berpatutan,” katanya.

KMHG telah bertapak dalam bisnes kelengkapan dapur dan bilik air sejak tahun 2006, menjadikan mereka sebuah syarikat berpengalaman yang telah lama memberikan informasi berguna kepada pelanggan.

Jika dilihat melalui laman sosial Facebook mereka, kesemua pelanggan yang pernah berurusan dengan KMHG memberikan komen positif terhadap servis dan kualiti barangan mereka.

Bukan itu sahaja, pengguna Facebook juga memberikan penarafan lima bintang kepada KMHG menandakan rasa puas hati dengan servis dan produk yang ditawarkan.

Bagi mereka yang ingin mengunjungi laman Facebook KMHG, anda boleh menaip Kong Mee Home Gallery Sdn. Bhd. atau pun pergi ke link Facebook.com/KMHGSB bagi melihat produk kelengkapan dapur dan bilik air yang dijual.

Selain itu, jika anda berminat untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai KMHG, anda boleh hubungi talian hotline mereka di 03-58850945 atau boleh berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp di nombor 011-11781893.

Jadi, tunggu apa lagi? Mari ramai-ramai kita serbu kedai KMHG terletak di No. 58, Jalan Layang-Layang 2, Puchong Jaya Industrial Park, Bandar Puchong Jaya, 47100 Selangor dari 23 hingga 26 Ogos ini! – MYNEWSHUB.CC/EZ

Loading...