• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Jemaah Haji Malaysia Selamat Di Arafah

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAFAH – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan bahawa semua jemaah haji Malaysia selamat dalam kejadian ribut di sini yang berlaku pada 6.30 petang hingga 8.00 malam waktu Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan hari ini, TH berkata kekukuhan struktur binaan rangka khemah yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi menjadi antara penyebab kepada ketiadaan kemalangan jiwa yang melibatkan jemaah Malaysia.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata semasa kejadian ribut dan hujan itu, pihak bomba Arab Saudi telah mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan para jemaah haji yang berada di Arafah.

“Pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan di setiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan dan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara,” katanya

Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan bekalan elektrik disambung semula secara berperingkat mulai pukul 10.45 malam.

“Waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Arafahjemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd